Forum Umum : KE MANA MALAYSIA— Analisa Perkembangan Politik Malaysia Masakini.

Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) menjemput anda menghadiri ke Forum Umum: KE MANA MALAYSIA:—Analisa Perkembangan Politik Malaysia Masakini.

Tarikh : 09/07/08

Masa : 8.00P.M-10.00P.M

Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor
No1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Bahasa : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Ahli Panel :
Mr. Kim Quek—Penulis <Where to Malaysia> dan <Ke Mana Malaysia>
Sdr Hishamuddin Rais—Penulis <Pilihanraya atau Jalanraya>, <Keganasan, Penipuan & Internet>
Dr. Mohd Nasir Hashim—Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), ADUN Kota Damansara

Apakah keputusan pilihanraya ke-12 pada 8 Mac merupakan suatu titik tolak baru untuk perkembangan politik
Malaysia atau perkembangan politik Malaysia sudah sampai di simpang jalan? Dalam empat bulan ini , rakyat Malaysia terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah- atau isu yang hebat samada di bidang kehakiman, politik, kes jenayah yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik atau sosial, ekonomi dan kehidupan harian. Pergolakan politik semakin serius, pergelutan kuasa sama ada di antara BN (sebenarnya UMNO) dengan Pakatan Rakyat atau di antara golongan-golongan berkepentingan dalam UMNO sudahl sampai ke tahap hidup atau mati. Apakah segala-gala ini akan membawa Malaysia kepada krisis atau kepada satu turning point yang baru? Apakah tindakan yang patut diambil oleh rakyat Malaysia? SEMUA DIJEMPUT HADIR. MASUK PERCUMA.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Zul atau Mr. Loo di talian 03-79578342/42 atau emel kepada s@streamyx.com . Sekian terima kasih

Mr Chong Ton Sin Pengarah Executive
SIRD Strategic Information and Research Development Centre]

0 Responses to “Forum Umum : KE MANA MALAYSIA— Analisa Perkembangan Politik Malaysia Masakini.”


  1. No Comments

For the best Bangkit.net viewing experience: