Jaringan Rakyat Tertindas membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
yang tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar Tamil ‘Makkal Osai’.
Tindakan ini bukan sahaja menghakis kebebasan media di Negara ini malah
menunjukkan keangkuhan Barisan Nasional walaupun rakyat telah memberi
pengajaran dalam pilihanraya umum yang lepas.
Walaupun tiada alasan rasmi diberikan, pada hari ini Menteri Dalam Negeri
mengatakan bahawa KDN telah banyak menerima aduan mengenai isi kandungan
akhbar tersebut yang kononya tidak sensitif terhadap masyarakat negara ini.
Ini bukan kali pertama akhbar ini dianiaya oleh kerajaan BN. Pada bulan Ogos
tahun lalu juga pernah sekali akhbar ini digantung penerbitannya untuk satu
bulan.
Akhbar ‘Makkal Osai’, salah satu akhbar Tamil yang mendedah kepincangan
dalam kerajaan Barisan Nasional terutamanya MIC. Ia juga sering memberi
liputan kepada isu-isu masyarakat seperti pekerja ladang, kilang dan juga
isu kaum India seperti HINDRAF. Ramai yang berpendapat lesen “Makkal Osai’
tidak diperbaharui ke ia memberi liputan untuk Parti Pakatan Rakyat dan
tahanan ISA – 5 orang pemimpin HINDRAF. .
Bukankah media mempunyai kebebasan untuk menulis apa yang sebenarnnya
berlaku dan bagi maklumat yang betul kepada rakyat. Media ini hanya
melaporkan apa yang berlaku dalam Negara kepada pembaca. Jika benar ada
ramai pihak yang membuat aduan terhadap “Makkai Osai’, JERIT mencabar
Menteri Dalam Negeri untuk mendedahkan siapakah si pengadu tersebut dan
apakah aduan yang dibuat.
‘Makkal Osai’ bukan satu-satu media yang menghadapi tekanan sebegini. Banyak
media yang pernah menjadi mangsa Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 yang
memerlukan mereka memperbaharui permit mereka setahun sekali. Akhbar Harakah
yang menjadi popular semasa era Reformasi dikenakan sekatan dan
pengeluarannya dihadkan. Malah akbhar online seperti *Malaysiakini.com* yang
tidak tertakluk kepada Akta ini juga pernah mengalami tekanan apabila
mendedahkan kepincangan di dalam pihak Kerajaan.
Jadi JERIT menggesa pihak Kerajaan untuk memperbaharui segera permit ‘Makkal
Osai’ dan juga memansuhkan Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 jika
benar-benar mahu menjadi sebuah kerajaan yang telus dan bertanggungjawab
serta mendukung kebebasan media.
Sivaranjani M
–
Community Development Centre (CDC)
No.72B, Taman Sri Langat
Jalan Reko, Kajang, Selangor
Tel/Fax: 03-87370766
0 Responses to “PERMIT MAKKAL OSAI – SATU LAGI BUKTI KEANGKUHAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL”