SAMBUTAN MEI 1, 2008
Kuala Lumpur

“Tahun ini Sambutan Mei 1 2008( Hari Pekerja) akan diadakan di Kuala Lumpur” . Inilah keputusan Jawatankuasa Penganjur Mei 2008 yang bermesyuarat malam tadi.

Tahun lepas Sambutan Mei 1 berhijrah ke Johor dimana lebih 3000 pekerja , peneroka bandar, anak muda dan NGO mengambil bahagian dalam sambutan Mei 1 ini. Sambutan kali ini adalah yang ke -15 yang akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1 yang mula menganjurkan Sambutan Mei 1 ini sejak tahun 1994. Sebelum tahun 1994 juga , banyak parti politik dan badan bukan kerajaan telah menganjurkan Sambutan Hari Pekerja. Jawatankuasa Mei 1 adalah satu inisiatif untuk menyatukan semua kumpulan ini untuk menganjurkan satu sambutan nasional yang berjaya dibuatnya sejak tahun 1994.

Cadangan program Mei 1 tahun ini ialah perarakan dan juga perhimpunan. Program yang lebih terperinci akan diselaraskan di mesyuarat yang akan datang.

Diharap dengan perubahan arena politik dan kejayaan kuasa rakyat dalam perubahan yang berlaku, Sambutan Mei 1 tahun ini akan lebih bermakna dan disertai lebih ramai orang. Diharap juga ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Rakyat juga akan turut serta dalam Sambutan Mei 1 tahun ini dan memeriahkannya.

Hidup Pekerja! Hidup Perjuangan Pekerja

0 Responses to “SAMBUTAN MEI 1, 2008 <br> Kuala Lumpur”


  1. No Comments

For the best Bangkit.net viewing experience: