Tahun Baru Makmur Bersama Pilihanraya Bersih

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina yang bebas dan makmur. Sementara kaum cina sibuk membuat persiapan di rumah masing-masing dalam menyambut tahun baru mereka, kami mengharapkan seluruh rakyat Malaysia pelbagai latarbelakang budaya mengambil inspirasi daripada semangat pembersihan yang diamalkan ini sehingga membersihkan proses pilihanraya.

BERSIH berharap ekonomi rakyat Malaysia dapat bertahan memandangkan suasana ekonomi antarabangsa dan seluruh rakyat Malaysia, khususnya kelas pertengahan dan rendah dalam mengecapi kualiti hidup yang meningkat. Sekiranya tidak, kita akan mengalami pendapatan sebenar kita akan dihakis dengan apabila berlakunya inflasi.
Kerajaan memainkan peranan yang penting di dalam penghidupan ekonomi rakyatnya melalui pengenaan cukai, perbelanjaan awam dan peraturan. Bagi memastikan kakitangan-kakitangan kerajaan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat daripada memuaskan kepentingan-kepentingan rakan-rakan dan kaum keluarga mereka, sebuah mekanisme dalam menolak salahlaku dan tidak mencapai satu tahap yang memuaskan.

Dalam sebuah Negara demokrasi, pilihnaraya isalah mekanismenya. Justeru pilihanraya mestilah bersih, bebas dan adil supaya cara pengundian dapat menjawat dan memecat kakitangan-kakitangannya berdasarkan kepada keupayaan dan integriti, bukannya berdasarkan kepada kesanggupan dan kesediaan untuk melakukan manipulasi dan intimidasi.

Di Malaysia, pilihnaraya adalah jauh daripada kebersihan, kebebasan dan keadilan. Ini membuktikan mengapa kaum India di Malaysia memilih jalanraya selepas dipinggirkan selama 50 tahun sungguhpun sebahagian besar daripada mereka penyokong setia kerajaan Barisan Nasional (BN). Aspirasi mereka diabaikan kerana undi-undi mereka tidak dikira kerana kesalahan-kesalahan kronik seperti persempadanan semula yang tidak adil, perpindahan pukal pengundi-pengundi, pengundi hantu, beli undi dan intimidasi.

Kaum India Malaysia bukan sahaja kumpulan yang dipinggirkan. Kebanyakan daripada petani-petani, nelayan, kemiskinan bandar kekal di tahap terbawah di dalam masyarakat apabila hasil yang diperolehi disalurkan kepada karung-karung yang berkepentingan.

Kaum wanita yang merangkumi separuh daripada populasi menerima nasib yang sama akibat daripada diskriminasi seksual dalam bentuk keganasan terhadap wanita dan  pemberian gaji yang tidak adil. Rayuan-rayuan mereka gagal untuk diketengahkan kerana sistem dan proses pilihanraya kita menjadikan undi-undi mereka tidak penting.

BERSIH ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira perbezaan pendapat, kepercayaan, gender dan kelas untuk sama-sama membersihkan proses pilihanraya tahun baru ini. Oleh kerana pilihanraya yang kotor, rakyat Malaysia dilayan seperti raja dalam tempoh dua minggu pilihanraya dan dikeji seperti abdi lima tahun berikutnya. Sekiranya kita tidak mengubah ini, apa sahaja ‘hadiah’ yang diberikan kepada rakyat kaum India, petani-petani, golongan miskin dan kumpulan-kumpulan terpinggir yang lain akan hilang sejurus selepas pilihanraya.

Selain itu, pilihanraya yang akan datang ini ialah pilihanraya “beli-satu-dapat-satu” dengan berlakunya persempadanan semula kawasan pilihanraya yang mana ianya akan diadakan pada tahun 2010. BN akan semestinya menang besar pada tahun 2012 atau 2013 akan datang. Dalam erti kata lain, mereka berupaya untuk menyisihkan undi-undi yang diterima selepas pilihanraya dengan menaikkan harga barang, menghapuskan tempat-tempat ibadat, menahan lebih ramai orang yang tidak berdosa dan memotong lebih banyak berita.

Seperti budaya membersihkan rumah sebelum tibanya tahun baru, ayuhlah seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membersihkan proses pilihanraya. Kita sapukan keangkuhan, penyalahgunaan kuasa dan sikap ahli-ahli politik yang lembap dan biadap serta kakitangan-kakitangan awam yang tidak professional ke dalam tong sampah sejarah Negara ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat; Faisal Mustaffa 019-2232002 or Medeline Chang 012-2192010.

1 Response to “Tahun Baru Makmur Bersama Pilihanraya Bersih”


  1. 1 eiji XIII Jul 8th, 2008 at 10:39 am

    btul ke pilihanraya kita adil???

Leave a Reply




For the best Bangkit.net viewing experience: