Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo telah menjanjikan rumah untuk Penduduk Kampung Berembang yang telah berkhemah di luar kampung selama 9 bulan yang lalu. Keputusan baik ini adalah hasil demontrasi besar yang dilakukan oleh penduduk dan penyokong perjuangan mereka.
Sejak pagi pukul 9.30 penduduk berkumpul untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar yang akan datang merasmikan Projek Perumahan pangsapuri Berembang Indah. Pihak polis bertindak mengugut untuk menahan penduduk jika mereka berdemontrasi dan menghalang penduduk daripada memasuki tempat perasmian.
Penduduk tidak gentar dengan ugutan polis dan terus berdemontrasi di hadapan Hospital Glenegals iaitu Jalan Utama yang menuju ke tempat perasmian. Amat melucukan apabila penduduk mengetahui MB telah masuk ke tempat perasmian ikut jalan belakang. Apakah MB malu dan takut berjumpa dengan penduduk yang dizaliminya?
Pihak polis yang pada awalnya tidak membenarkan wakil penduduk saudara Noralizan dan saudara Nazri ke tempat perasmian terpaksa membenarkan kedua-dua wakil masuk dengan segera ekoran demontrasi penduduk yang berterusan. Kira-kira pukul 1.00 tengah hari saudara Noralizan dan saudar Nadzri telah memberikan memorandum dan MB telah berjanji mempertimbangkan tuntutan rumah di Projek perumahan Berembang Indah yang bernilai RM40,000.00.
Kejayaan hari ini adalah atas kegigihan penduduk kampung Berembang yang tidak lapok dek hujan atau panas. Syabas kepada penduduk Kg Berembang yang berani berjuang. Hidup perjuangan penduduk Kampung Berembang.
0 Responses to “MB SELANGOR JANJI RUMAH UNTUK PENDUDUK KG BEREMBANG”