Rabu 6/12/07: Semalam pemimpin penduduk Kg.Chupadak, Sentul Siti Soleha yang lebih dikenali Kak Wan dan Rashidah telah cukup ajar polis Sentul yang bersekongkol dengan pemaju dan menyalahgunakan kuasa.
Pada pukul 1.30petang, sekumpulan polis yang diketuai oleh inspektor Mas Perwira dan 11 orang polis tidak beruniform telah memasuki Kampung Chupadak dengan tujuan menangkap kedua-dua pemimpin penduduk ini dengan alasan pemaju Sri Murni telah membuat aduan terhadap mereka. Apabila penduduk minta ID tak ada satu polis pun yang tunjukkan ID. Apabila penduduk minta waran tangkap, polis tak tunjukkan dan tak kata apa-apa, malah ada polis yang menghasut inspektor Wira untuk menggari mereka. Apabila disoal tentang aduan yang mereka buat terhadap pemaju dan apakah tindakan yang polis ambil, Mas Wira beritahu mereka yang pemaju ada di balai polis dimana kemudiannya didapati tiada pemaju di balai polis Sentul.
Polis yang tak dapat menangkap mereka kemudiaanya mengatakan mereka mahu ambil kenyataan (statement) dari kedua-dua pemimpin. Kak Wan dan Rashidah telah menolak arahan polis untuk ikut mereka ke balai dan kemudiannya dengan beberapa orang kampung mereka telah pergi ke balai.
Penyalahguanaan kuasa oleh polis telah menjadi-jadi selepas Kak Wan dan Rashidah bersama penduduk kampung tiba di balai. Semasa ambil kenyataan Inspektor Mas Wira langsung tak membacakan hak mereka dan tidak juga memberitahu kenyataan apa dan untuk apa diambil. Semasa ambil kenyataan inspektor ini tanya soalan siapa yang tangkap mereka berdua, pada hal tiada sebarang penangkapan yang sah dibuat terhadap mereka. Apabila Rashidah menegakkan yang dia tidak ditangkap oleh sesiapa dan datang sendiri, Ispektor Mas Wira naik benggang dan maki Rashidah. Kemudian Rasidah keluar dan terus membuat aduan polis terhadap inspektor tersebut. Ketika membuat aduan Inspektor Mas Wira datang dan menggari Rashida dengan alasan arahan daripada OCPD. Selepas itu Rashidah di bawa ke bilik Inspektor Mas Wira dan dia ditanya soalan yang sama, Rashidah pula masih dengan jawapannya dan ketika itulah ASP Idris masuk dan ambil alih kes. Setelah itu, Kak Wan dan Rashidah tidak dituduh dibawah mana-mana akta dan dibenarkan pulang selepas itu.
Dr. Nasir, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia yang ada bersama- orang kampung di balai polis Sentul telah mengatakan banyak penyalahgunaan kuasa polis telah berlaku dalam isu ini. Tak ada waran tangkap, ketika menangkap ‘hak’ Orang kena tahan (OKT) tidak dibaca, ketika ambil kenyataan tidak dibaca hak OKT serta tidak memberitahu kenyataan apa dan mengapa diambil, mengugut menangkap atas tuduhan gaduh, pegawai yang tangkap adalah juga mengambil kenyaataan( pegawai penyiasat) padahal mengikut prosedur polis Pegawai penangkapan dan Pegawai penyiasatan haruslah orang yang berlainan, polis menipu penduduk dengan mengatakan pemaju ada di balai, pada hal batang hidung pemaju tak dijumpa.
Satu lagi perkara yang di bawa oleh Kak Wan. Rashidah dan penduduk kampung adalah, sepanjang peristiwa itu berlaku, bermulannya dari kampung sampailah di balai polis, inspektor Mas Wira asyik mendapat panggilan dari pemaju Sri Murni. Mengapa seorang pegawai polis harus berkomunikasi dengan pemaju? Adakah pegawai polis ini budak suruhan pemaju? Mengapakah seorang pegawai yang berpangkat Inspektor yang seharusnya tahu selok belok undang-undang melakukan begitu banyak kesalahan undang-undang?
Walauapapun, kali ini penduduk ajar polis secukup-cukupnya. Penduduk Kg.Chupadak, yang pada satu ketika telah diiktiraf oleh mahkamah sendiri sebagai peneroka dan mempunyai equiti ke atas tanah yang diduduki, masih berjuang untuk 15 tahun hanya semata-mata untuk mendapatkan hak mereka yang dinafikan oleh pemaju Sentul Murni Sdn.Bhd.
Hidup Perjuangan Perumahan Penduduk Kampung Chupadak!
Parames e
Sekretariat JERIT
0 Responses to “PENDUDUK KAMPUNG CHUPADAK -1 POLIS -0: POLIS SENTUL JADI BUDAK SURUHAN PEMAJU! ”