JERIT mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis yang menyerang lebih 30,000 penyokong HINDRAF yang cuba berhimpun dan menyampaikan memorandum kepada pihak Kedutaan British. Mereka ini yang cuba berhimpun secara aman dipukul dan diserang dengan menggunakan gas pemedih dan juga air bercampur “chemical” yang memedihkan mata dan kulit.
Pihak polis juga telah menjalankan kempen intimidasi melalui media supaya jangan berhimpun pada 25/11/2007. Sekatan jalanraya juga di adakan di merata-rata tempat untuk menakut-nakutkan rakyat. Intimidasi seperti ini juga berlaku semasa Perhimpunan Aman BERSIH yang diadakan baru-baru ini.
Tindakan polis yang telah bertindak kejam dan menyerang rakyat yang hanya mahu berhimpun dengan aman untuk menghantar memorandum dengan menggunakan gas pemedih mata dan water cannon adalah satu perbuatan keji dan melanggar hak asasi rakyat di negara demokrasi. . Bukan itu sahaja, rakyat yang telah hadir awal satu hari dan berehat di Kuil di Batu Caves juga telah diserang polis dengan kejam. Mereka ini juga telah dihalang untuk datang ke Kuala Lumpur. Adakah ini DEMOKRASI yang diheboh-hebohkan oleh kerajaan BARISAN NASIONAL ini?
Namun dalam kedua-dua perhimpunan BERSIH dan HINDRAF rakyat tidak gentar dan turun. Ini menunjukkan rakyat tidak gentar akan intimidasi polis dalam memperjuangkan hak mereka.
Walaupun JERIT tidak setuju dengan politik perkauman dan perjuangan perkauman seperti HINDRAF, tetapi JERIT berpendirian teguh bahawa setiap organisasi dan rakyat mempunyai hak berhimpun secara aman.dan hak untuk berhimpun ini harus dihormati dan ruang demokrasi harus diberi supaya ketidakpuasan rakyat boleh diluahkan.
JERIT juga ingin menegaskan bahawa dalam membawa sesebuah perjuangan kehadapan, adalah penting untuk kita bersatu sebagai kelas pekerja tanpa mengira agama atau etnik. Perjuangan hak haruslah dijalankan sebagai perjuangan kelas supaya semua yang tertindas akan mendapat hak mereka tanpa mengira kaum.
Akhir sekali, JERIT sekali lagi mengecam keganasan polis di perhimpunan HINDRAF hari ini. . Hak untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan harus dihormati oleh semua pihak demi menjamin hak demokrasi rakyat negara ini.
Disediakan oleh,
Kohila
Sekretariat JERIT
019-2275982
Rakyat malaysia disaran menjadi BISU, PEKAK dan BUTA.Barulah senang BN nak rembat segala yang ada…bangkitlah semua..kembalikan HAK RAKYAT…
RTM yang bodoh itu selalu kata “Demonstrasi Bukan Budaya Kita”… abis tu, yang nenek-moyang orang UMNO ramai-ramai demonstrasi menentang Malayan Union pada zaman menuntut kemerdekaan tu bukan budaya kita jugak ke?
Demonstrasi adalah budaya kita.
Kalau nenek-moyang kita tak demonstrasi tak merdeka lah kita…
Saudara di atas, ini adalah pendapat saya ttg perkara yg berlaku pada 25/11/2007. Memang benar negara kita “demokrasi” dan juga memang benar dgn “demonstrasi” barulah kita dpt menuntut hak kita pada British! MERDEKA!!
Tetapi harus di ingat, jgn letak semua permasaalah pd govt semata - mata. Jika bukan kita yg membentuk semua budaya2 kehidupan hari ini. Kita tidak akan melalui kesukaran, yg pada masa kita sudah merdeka dan yg mana bumi Malaysia adalah hak kita. Renungi la diri kita sendiri sebelum kita memprotes” @ menuntut hak! yg kita kata HAK kita.
Benar! kita berhak bersuara! jugakan, GUNAKAN saluran yg Betul yg Benar, yg mana di dengar oleh semua rakyat, yg mana Govt perlu memberi perhatian yg sepenuhnya atas hak yg di sebut serta di kaji sedlm - dlm nya. Adakah Hak yg kita tuntut itu milik kita semua? Adakah Hak itu juga utk kebaikan generasi akan dtg? Adakah kita sudah memikirkan keluarga, perkerjaan, kehidupan yg kita lalui sudah memboleh kan kita menuntut hak? Jika benar, maka saya dgn 100% memuji kpd ANDA semua atas protes yg telah di adakan. TAHIAH!!
Tetapi, lihat.. lihat la sekeliling ANDA, tindakan ANDA ini salah!! mmg salah. Tempat Awam! adalah milik org awam! AWAM?? apakah maksudnya??? ianya adalah suatu tempat yg terbentuk khas untuk semua manusia bersama - sama menikmati, meranjaui kehidupan harian, bertaut satu sama lain.. Di antara mereka2 yg berada di tempat AWAM, mungkin terselit Anak2 kita, saudara - mara kita, sahabat handai kita, kenalan kita, penyambung generasi kita.. Jadi mengapa gunakan tempat AWAM? tanya diri kita! tanya!….
Akhir kata dari saya, bentuk jadi diri! perkukuhkan diri dgn Agenda yg mahu di persuarakan, buatlah sesuatu yg bagus untuk generasi kita! dan ingatlah.. tanpa kerajaan! tanpa Barisan Nasional! siapalah kita hari ini!!
Saudara lola,
Tanya diri sendiri, adakah apa yg kamu katakan in logik?
Apa jadi?
1. Pada Mulanya Bersih/Hindraf meminta permit untuk menyampaikan memorandum secara aman.
2. Polis menolak permit
3. “Kerajaan” gelar demonstrasi haram kerana tiada permit! Bodohkan? Dia main pusing!
4. Rakyat berkumpul secara aman.
5. Polis & FRU guna gas dan air kimia.
6. Rakyat marah lalu melawan polis. Mereka pun manusia jugak!
7. TV dan suratkhabar siarkan gambar-gambar berat sebelah utk menyokong kerajaan!
8. Malaysia malu di depan dunia. In The Eyes of The World?
Kalaulah, kerajaan telah luluskan permit,,,,,,
1. Rakyat berkumpul
2. Hantar memorandum
3. Balik rumah sambil shopping dekat KLCC
(Lagi bayak untung kerajaan buat dengan cukai)
Apa yang jadi?
Rugi gas pemedih mata
Rugi air
Kotor persekitaran
Rugi perniagaan satu hari di Jln Ampang yg sibuk
Gaji polis
Makanan free untuk polis
Petrol kenderaan polis
Belanja hospital utk polis yg cedera (tambah MC lagi)
Perlu jawab soalan Al-Jazeera (dengan bahasa “Manglish” yg bodoh)
Nampak senangkan?
BN = Bodoh Nyanyuk
Betul Liberal Malay…