Selasa, 6 November 2007:
Pagi ini, lebih kurang jam 11.00 pagi, Kementerian Sumber Manusia di
Putrajaya dipenuhi dengan pekerja CosmoPlas.
Mereka bertekad tidak akan bergerak dari situ selagi masalah gaji mereka
diselesaikan dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia harus
campurtangan. Majikan Cosmoplas telah memberhentikan pekerjanya secara tiba-
tiba dengan alasan bahawa kilang sudah bankrap.
Lebih kurang 100 pekerja siap berpakaian kilang mereka turut
memegang banner yang
memaparkan kemarahan mereka terhadap tindakan majikan mereka. Puan Masitah,
operator kilang, sedih dan marah akan tingkah laku majikan yang langsung
tidak berhati perut.
Lebih kurang jam 11.30, 10 orang wakil pekerja masuk berbincang mengenai
masalah mereka dengan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Encik Zulkarnain.
Pekerja- pekerja lain menunggu dengan sabar di luar kementerian dengan
harapan mereka akan perolehi gaji tunggakan mereka.
Menurut seorang pekerja bernama Sundram, semakin sukar untuk dia tidur pada
waktu malam sebab memikirkan nasibnya. Dia risau akan bayaran perbelanjaan
harian, rumah, kereta dan lain- lain. Lagipun Perayaan Deepavali akan tiba
dalam masa 2 hari saja lagi.
Setelah 2 jam berbincang, wakil pekerja keluar dan memberitahu rakan – rakan
mereka bahawa majikan yang telah memangsakan mereka bersetuju untuk
memberikan gaji tertunggak Oktober pada 7/11/2007 pagi.
Pekerja Cosmoplas bertekad akan meneruskan perjuangan untuk mempertahankan
hak mereka. Mereka pulang dengan hati yang lega tetapi sedar bahawa
perjuangan ini belum selesai lagi! Sekiranya majikan tidak membayar gaji
esok, mereka akan turun lagi ke jalanraya sehingga hak mereka diperolehi.
Thevarajan
Sekretariat JERIT
0 Responses to “Hari Ke-3 Perjuangan Pekerja Cosmoplas: Majikan Janji Bayar Gaji Tunggakan”