Polis Berani Mendakwa Menteri? Aduan Polis Ke-111 Terhadap Dato Fong Chan Onn

Kain rentang yang tertulis “Siasat Dato Fong, Penyeleweng hak pekerja” telah dipegang oleh lebih kurang 30 orang di hadapan Balai Polis Dang Wangi, pada 10.30 pagi, menimbulkan pelbagai soalan kepada semua orang termasuk Polis sendiri. Tetapi apabila masuk di balai Polis, tahulah sebab iaitu Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT hendak membuat aduan Polis yang ke-111 terhadap Menteri Sumber Manusia, Dato’ Fong Chan Onn kerana mencabuli hak para pekerja dengan membuat pindaan dalam Akt Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada 27/08/07 di Dewan Rakyat.

Saudara Panneerselvam wakil GPKK dan juga pegawai Perhubungan Perusahaan, Kesatuan Pekerja-pekerja Guppy Plastic Industries Sdn.Bhd membuat aduan Polis ini. Sebelum ini, 110 laporan telah dibuat oleh ahli ahli JERIT serta jawatankuasa pekerja kilang, peneroka Bandar, pekerja ladang dan juga wakil anak muda & pelajar di seluruh negara dan hari ini laporan ke-111 dibuat.

Saudara Sivarajan, dari GPKK Subang menyatakan bahawa “GPKK amat tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Sumber Manusia yang telah mengkhianat dan menipu pekerja dengan pindaan dalam Akta Perhubungan Perusahaan. Berikutan dengan tindakan Menteri, kami GPKK, JERIT telah melancarkan Kempen Membuat Aduan Polis terhadap Menteri Sumber Manusia . Sebelum ini GPKK telah membuat pelbagai bantahan seperti penyerahan memorundum bantahan di Kementerian Sumber Manusia , Kempen Tandatangan dan juga menghantar surat bantahan kepada kesemua ahli Parlimen Malaysia untuk mendesak mereka jangan menyokong pindaan ini. Tetapi tiada reaksi atau maklumbalas terhadap bantahan kami dan akhirnnya pindaan yang berpihak kepada majikan telah diluluskan.”

Maka inilah yang membawa kepada Kempen Laporan Polis terhadap Menteri Dato Fong Chan Onn yang langsung tidak mengendahkan kebajikan pekerja Malaysia.

Saudari Parameswari .S yang merupakan penyelaras GPKK di peringkat Nasional telah menegaskan bahawa GPKK takkan berhenti di sini sahaja malah akan meneruskan tindakan-tindakan bantahan dengan pelbagai cara. Beliau mengatakan GPKK , JERIT akan mengadakan roadshow ke seluruh negara untuk memberi kesedaran mengenai isu ini dan mendapatkan lebih banyak sokongan rakyat untuk terus membantah pindaan ini.

Menteri ingat , kalau dah lulus di Parlimen, pekerja terpaksa akur dan patuh kepada pindaan undang-undang ini . Tidak ! Ini tidak akan berlaku. Pekerja sedar akan pindaan ini akan mencabuli hak mereka, maka mereka akan teruskan bantahan mereka sehingga Menteri tidak boleh mengimplementasikan pindaan ini!

Hidup Perjuangan Pekerja!

Ditulis oleh
Sivaranjini. M
GPKK


Community Development Centre (CDC)
No.72B, Taman Sri Langat
Jalan Reko, Kajang, Selangor
Tel/Fax: 03-87370766

0 Responses to “Polis Berani Mendakwa Menteri? Aduan Polis Ke-111 Terhadap Dato Fong Chan Onn”


  1. No Comments

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: