JERIT telah memulakan satu kempen membuat Laporan Polis terhadap Dato’ Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia yang mencabul hak pekerja dengan membuat pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja!
Sehingga kini, lebih 100 laporan polis telah dibuat di seluruh negara.
Untuk terus mendesak pihak kerajaan untuk tidak meneruskan pindaan ini JERIT akan membuat laporan polis yang ke 111 terhadap Dato Fong Chan Onn. Butir-butir program adalah seperti berikut :
Tarikh : 11/10/2007
Masa : 10:30pagi
Tempat : Balai Polis Dang Wangi (berhampiran Stadium Merdeka)
Diharap kawan-kawan aktivis dan NGO dapat hadir untuk memberi sokongan solidariti dan juga untuk menunjukkan bantahan terhadap pindaan akta ini yang akan mencabul hak pekerja di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut hubungi : Parames 012-2822404
0 Responses to “Aduan Polis yang Ke 111 terhadap Dato' Fong Chan Onn <br> Balai Polis Dang Wangi, KL”