Hari Habitat Sedunia 2007: Kempen Bantah EO

HARI HABITAT SEDUNIA 2007
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS

Pelancaran Kempen dan Poster Membantah *Penggunaan Ordinan Darurat
Pembersihan Setinggan 1969

1 Oktober 2007, bersempena dengan Hari Habitat Sedunia, Gabungan Peneroka
Bandar dan Perumahan di bawah Jaringan Rakyat Tertindas akan melancarkan
Kempen dan Poster Membantah penggunaan Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan
1969. Sertailah kami dalam perjuangan menuntut hak perumahan kepada peneroka
bandar.

*Butir-Butir lanjut akan diberitahu.


Latar Belakang

Sejak kebelakangan ini Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan 1969 digunakan
secara berleluasa dalam mengusir peneroka bandar terutamanya di Kuala Lumpur
dan Selangor. Mengapakah undang-undang seperti Ordinan Darurat yang digubal
untuk tempoh darurat masih digunakan pada zaman negara kita tidak ada dalam
keadaan darurat.

Ordinan Darurat ini biasanya memberi masa notis 7 - 14 hari sahaja sebelum
satu rumah dirobohan. Ordinan ini boleh digunakan atas tanah
swasta/persendirian dan tanah kerajaan. Dengan penggunaan Ordinan ini, ramai
pemaju dan Kerajaan Negeri/Tempatan tidak lagi menggunakan Seksyen 425/426
Kanun Tanah Negara untuk tanah Kerajaan dan Aturan 89- Kaedah-kaedah
Mahkamah Tinggi untuk tanah persendirian/swasta. Mereka lebih selesa
menggunakan ordinan darurat kerana ia menyukarkan peneroka bandar membela
diri.

Walaupun Ordinan Darurat ini hanya membenarkan struktur rumah diroboh tetapi
lazimnya digunakan untuk pengusiran secara paksa. Pihak Kerajaan dan pemaju
dengan penggunaan jentera kerajaan seperti polis/FRU memastikan penduduk
diusir dari sana, barang-barang mereka dikeluarkan dari tanah tersebut dan
tanah itu dijadikan pemilikan kosong. Walaupun aspek Pemilikan Kosong hanya
boleh ditentukan oleh proses lain di mahkamah tetapi Ordinan Darurat ini
secara tidak langsung memastikan pemilikan kosong juga diperolehi oleh pihak
yang melaksanakan perobohan di bawah Ordinan Darurat pembersihan setinggan.

Jadi, JERIT bersama Peneroka Bandar membantah penggunaan Ordinan Darurat
dan akan melancarkan kempen membantah penggunaan undang-undang ini.

0 Responses to “Hari Habitat Sedunia 2007: Kempen Bantah EO”


  1. No Comments

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: