Buat Laporan Polis terhadap Menteri Sumber Manusia: Nyatakan Bantahan anda terhadap Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan. *

Salam perjuangan kepada semua rakan seperjuangan dan NGO.

Seperti yang anda semua sedia maklum , pada 28/8/2007, Pindaan kepada Akta Perusahaan Perindustrian telah diluluskan di Parlimen walaupun kaum pekerja Malaysia telah membantah terhadap pindaan ini.

Maka demi membantah tindakan menteri ini yang membawa pindaan ini dan seterusnya mencabul hak pekerja di Malaysia, satu kempen membuat Laporan Polis terhadap Datuk Fong Chan Onn dan timbalannya Datuk Abdul Rahman sedang dijalankan.

Buatlah laporan polis terhadap Datuk Fong Chan Onn di balai polis terdekat anda untuk menyatakan bantahan terhadap tindakannya yang membawa pindaan
kepada Akta Perhubungan Perusahaan yang mencabuli hak pekerja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Parames 012-2822404 / simon : 0122842202

Sila hantar satu salinan laporan polis anda kepada sekretariat JERIT di 72B, Taman Sri Langat , off Jalan Reko, 43000 Kajang.

Sample Laporan Polis disertakan di sini:

Aduan Polis

Tarikh :

Aduan dibuat terhadap :

i. YB. Datuk Fong Chan Onn, Menteri Sumberi Manusia

ii. YB. Datuk Abdul Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber
Manusia

Aduan oleh:

Datuk Fong Chan Onn dan Datuk Abdul Rahman Bakar telah menipu dan memungkiri janji terhadap para pekerja dan rakyat Malaysia

Kami daripada……………………………………………………….. membuat aduan polis ini kerana kami mendapat tahu bahawa YB.Datuk Fong Chan Onn selaku Menteri Sumber Manusia dan Timbalannya, Datuk Abdul Rahman Bakar telah membuat penipuan, mungkir janji, salahguna kuasa dan gagal menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen.

Aduan kami adalah seperti berikut :

I. Pada 13 April 2004, Kementerian Sumber Manusia melalui satu kenyataan akhbar (The Star - Change Good for Unions) menyatakan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 akan dipinda pada bulan Julai 2004 untuk membolehkan Kesatuan Sekerja diberi pengiktirafan secara automatik.

II. Perkara I diatas turut diperkukuhkan apabila Datuk P. Manogaran Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia pada masa itu mengatakan rang undang-undang mengenai pindaan tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada bulan November 2004. Perkara ini diberitahu kepada Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT) pada 9/10/2004 di Putrajaya.

III. Semasa perjumpaan GPKK dengan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar pada 19 April 2006, beliau berkata isu pengiktirafan Kesatuan Sekerja kini berada di peringkat Kabinet serta telah memberitahu bahawa pindaan akta akan dibuat untuk membolehkan Kesatuan Sekerja mendapat pengiktirafan secara automatik sekiranya majikan gagal untuk memberikan maklum balas dalam tempoh masa tertentu.

Pada 3/7/2007, Menteri, Datuk Fong Chan Onn telah membentangkan pindaan untuk Akta Perhubungan Perusahaan pada 3/7/2007 (bacaan pertama) dan seterusnya 27/8/2007 (bacaan kedua. Pindaan bagi Akta Perubungan Perusahaan 1967 diluluskan pada 28/8/2007 dan pindaan bagi Akta Kesatuan Sekerja 1959 diluluskan pada 29/8/2007.

Namun perkara yang diluluskan di Parlimen, adalah tidak sama dan bercanggah dengan apa yang dijanjikan .

Justeru itu, kami membuat aduan polis ini terhadap YB Menteri Fong Chan Onn, YB Datuk Abdul Rahman Bakar dan semua mereka yang bersubahat dengan beliau termasuk ahli parlimen yang menyokong pindaan ini kerana :

1. Menyalahgunakan jawatan dan memberi kenyataan palsu di suratkhabar yang mengelirukan orang ramai dan menimbulkan harapan kosong

2. Salahguna kuasa kerana gagal memberitahu pihak JERIT dan warga pekerja bahawa akta yang akan dipinda tidak akan memberi pengiktirafan automatik malah akan menghakis lagi hak mereka

3. Gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang ikhlas dan jujur dan melanggar sumpah yang diambil di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa beliau akan taat menjalankan tugas-tugas beliau sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

Kami yang membuat aduan ini mahukan pihak polis Bukit Aman menyiasat aduan kami ini dan mengambil tindakan yang wajar terhadap Menteri Sumber Manusia Datuk Fong Chan Onn atas sebab yang dinyatakan di atas.

Adalah tanggungjawab polis menyiasat setiap aduan polis. Tindakan memutarbelitkan fakta, memesongkan pandangan orang ramai dan mengelirukan orang ramai adalah satu salahguna kuasa dan satu kesalahan terutamanya orang yang membuat kesalahan ini adalah seorang yang mempunyai tanggungjawab dalam Kerajaan Persekutuan dan seorang Menteri.

0 Responses to “Buat Laporan Polis terhadap Menteri Sumber Manusia: Nyatakan Bantahan anda terhadap Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan. *”


  1. No Comments

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: