Kami Mahukan Keamanan

Salam Kemerdekaan!

Baru-baru ini, telah tersebar khabar angin berkaitan dengan pergaduhan yang akan berlaku pada 30hb dan 31hb Ogos 2007 dan ianya telah menakutkan hati kita semua terutamanya yang menetap di sekitar Pasir Gudang.

Pada malam 28hb Ogos 2007, bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, telah diadakan satu sesi penerangan berkaitan dengan masalah yang sedang melanda penduduk kawasan Taman Cendana. Antara yang hadir pada malam itu ialah ADUN Permas iaitu Datuk KS Balakrishan, wakil rasmi Datuk Khaled Nordin, Ketua Polis Daerah Seri Alam (OCPD Roslan), Ketua Kampung Mukim Plentong, wakil-wakil penduduk kawasan berhampiran dan orang awam.

Majlis itu telah dihadiri oleh 500 orang warga setempat. Tujuan majlis ini kononnya adalah untuk menenangkan perasaan takut antara penduduk sekitar Pasir Gudang.. Dalam sesi penerangan itu, terdapat sehelai kertas bersize A4 telah disebarkan kepada semua yang hadir ke majlis itu dengan tajuk “Warga Taman Cendana”. Tujuan utama penyebaran risalah itu adalah supaya kita jangan sesekali mempercayai SMS yang disebarkan kepada masyarakat pada saat ini. Ia jugamenegaskan bahawa penyebaran SMS itu adalah bersifat khabar angin semata-mata.

Namun begitu, hati setiap orang masih lagi berada di dalam ketakutan. Ini berkemungkinan ekoran daripada tidak mendapat maklumat secara menyeluruh. Akhirnya ia telah menyebabkan pelbagai jenis cerita atau ramalan antara satu sama lain wujud. Keadaan ini sebenarnya lebih menekan perasaan dan mewujudkan ketakutan antara satu sama lain dan jika dibiarkan berterusan, prejudis antara satu sama lain akan menjadi lebih teruk lagi.

Dengan itu, kami dari badan-badan NGO dan parti politik telah mengariskan 5 permintaan penting agar pihak berkuasa dan orang awam dapat memberikan perhatian. Antaranya ialah:

1) Kami menyeru supaya pihak berkuasa mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku di Taman Cendana. Ianya adalah hak kami sebagai rakyat untuk mendapatkan maklumat secara terbuka dan tepat.

2) Kami menyeru kepada semua agar tidak melihat kes jenayah ini daripada sudut perkauman kerana dalam isu jenayah, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsanya tanpa mengira bangsa, kaum ataupun agama.

3) Kami juga menggesa pihak berkuasa agar tidak bersikap prejudis dalam menjalankan tugas semasa menjaga keamanan di sekitar Pasir Gudang, khasnya di Taman Cendana.

4) Kami percaya bahawa khabar angin ini telah membongkar satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan lagi iaitu bahawa yang sebenarnya, hubungan antara kaum di Malaysia memang tidak tenang sejak dahulu lagi. Kita sebagai satu masyarakat pelbagai kaum sebenarnya tidak mempercayai antara satu sama lain. Satu formula perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah ini demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

5) Dan, sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara, kami menyeru kepada semua pihak tidak kira bangsa, kaum ataupun agama, supaya sentiasa ingat bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan memiliki hak serta tanggungjawab yang sama rata.

Semoga Hari Kemerdekaan ke-50 ini lebih bermakna kepada kita semua!

Badan-badan NGO, parti seperti berikut:
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bahru
Persahabatan Semparuthi Johor Bahru
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)

Orang yang boleh dihubungi :
Nyam Kee Han , h/p no: 016-7782707
Mohan, h/p no: 017-7540597
Nazman, h/p no: 013-7437472

1 Response to “Kami Mahukan Keamanan”


  1. 1 rayfire Sep 3rd, 2007 at 4:23 pm

    I agree that in ensuring the public is well informed of the whole picture will save them the trouble of speculating and worsening the scenario. And I totally agree with the suggestion that we all must see ourselves as Malaysians and see this nation as ours collectively. Each and everyone of us have a role in building this nation. To achieve this race based politics should be avoided. We must work for Malaysian’s Malaysia. All have contributed to this nation’s success, and if theory of evolution is true, we are all decendants of the same family tree. So why discriminate one another? Let us unite and strenghten this nation to achieve real glory.

Leave a Reply




Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: