Jemputan Memberi Sokongan Kepada Program Ulang Tahun-47 ISA: Penghantaran Faks Bantahan kepada PM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa 1 Ogos 2007 merupakan ulang tahun ke-47 Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA. ISA telah digubal pada tahun 1960. ISA merupakan sebuah akta yang menafikan kebebasan seseorang individu untuk melalui proses perbicaraan dan membela diri. Ia sememamnya kontradik dengan Atikel 5, Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Selama ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berusaha untuk mencapai kedua-dua objektif utama, iaitu memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanan ISA selain meningkatkan kesedaran rakyat tentang kezaliman ISA.

ISA tetap kekal dan lebih daripada 100 tahanan masih merengkok di dalam Kem Tahanan Kamunting. Di Kamunting seramai 30 tahanan telah mendapat perintah penahanan (detention order) yang ketiga, dan penahanan mereka telah menjangkau lebih empat tahun.

Walaupun kempen membantah ISA menghadapi banyak kesukaran dan cabaran, namun semangat perjuangan masih tetap tinggi. GMI ingin menggunakan peluang ulang tahun ke-47 ini untuk sekali lagi merakamkan bantahan kita terhadap ISA. Justeru itu, GMI akan melancarkan kempen penghantaran faks kepada Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh 1 hingga 3 Ogos 2007.

GMI amat berharap pihak tuan dapat meluangkan sedikit masa untuk menghantar surat bantahan organisasi pihak tuan sebagai tanda solidariti kepada perjuangan memansuhkan ISA. Pihak tuan boleh menghantar seberapa banyak surat bantahan kepada Perdana Menteri kita agar beliau akan memandang serius terhadap kempen kita.

0 Responses to “Jemputan Memberi Sokongan Kepada Program Ulang Tahun-47 ISA: Penghantaran Faks Bantahan kepada PM”


  1. No Comments

Leave a Reply




Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: