JERIT menyokong penuh tuntutan MTUC untuk gaji minima RM900

Gabungan pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK) JERIT, menyokong penuh tuntutan MTUC kepada pihak Kerajaan untuk mengimplementasikan Akta Gaji Minima RM900 dan elaun COLA RM300 bagi pekerja swasta. JERIT juga menyokong rancangan MTUC untuk mengadakan piket dan mogok sekiranya pihak kerajaan gagal untuk melaksanakan tuntutan ini.

Sejak tahun 2003 lagi , GPKK telah meminta pihak Kerajaan untuk mengubal Akta Gaji Minima RM900 melalui kempen tandatangan poskad. Seterusnya, pada tahun 2005, GPKK telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Fong Cban Ong berhubung Gaji Minima. Pada 21 September 2006, sebanyak memorandum dan 50,000 poskad tuntutan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri meminta Kerajaan menggubal Akta Gaji Minima.

JERIT menyambut baik tindakan pihak Kerajaan yang telah mengumumkan kenaikan gaji sehingga 35% kepada kakitangan sektor awam dan tambahan kenaikan sebanyak 20% untuk pihak polis. Ini menunjukkan kenaikan gaji seperti yang dituntut oleh CEUPACS dan juga pihak polis telahpun dilaksanakan kecuali bagi pekerja sektor swasta. Pihak Kerajaan mengakui kos sara yang tinggi adalah faktor utama bagi kenaikan gaji tersebut.

Justeru, perlu diingat bahawa kakitangan awam terdiri dari 1.2 juta orang dan jumlah anggota polis adalah lebih kurang 100,000 orang. Bagaimana pula pekerja swasta yang berjumlah melebihi 10 juta orang, akan menampung kos hidup mereka? Sudah tentu golongan ini juga memerlukan kenaikan gaji. Malah pada 14 Mei 2007, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar juga menyatakan bahawa gaji pekerja sektor swasta juga harus dinaikkan.

Mengikut tinjauan GPKK, gaji pokok yang diterima oleh pekerja kilang adalah sekitar RM350 hingga RM480 sahaja. Statistik MTUC pula menunjukkan 2 juta pekerja di Malaysia hanya menerima RM600 gaji sebulan. Sementara itu, Statistik Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-8 pula menunjukkan bahawa 25% daripada rakyat Malaysia memperolehi pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,000 sebulan dan lebih daripada 75% keluarga Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan

Jadi adalah wajar dan tepat masanya untuk pihak Kerajaan menggubal Akta Gaji Minima RM900. Gaji minima adalah paras bayaran yang minimum yang ditentukan oleh undang-undang bagi sesuatu kerja yang dilakukan. Gaji minima adalah bertujuan untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dari terus dieksploitasi oleh pihak majikan dan akan membantu pihak kerajaan membasmi kemiskinan.

Akta Gaji Minima juga sudah pun diimplimentasikan di negara di rantau Asia seperti Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan, Vietnam dan Cambodia.

Malaysia merupakan salah satu negara di rantau Asia yang belum memperkenalkan gaji minima dan jauh ketinggalan di belakang. Jadi, apa lagi yang ditunggu oleh pihak kerajaan? Gubal Akta Gaji Minima RM900 sekarang!

GABUNGAN PEKERJA KILANG & KESATUAN SEKERJA (GPKK)
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
d/a 72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor
Tel/Faks: 03-87370766 Website: www.jerit.org

1 Response to “JERIT menyokong penuh tuntutan MTUC untuk gaji minima RM900”


  1. 1 Maryani Abdullah Jul 2nd, 2007 at 9:52 am

    I am pcycally disabled “cerebral Palsy & was employed at disabled centre at PJ. I was paid RN30 per days. What make me upset is,I was working there since last year. What make me more upset is about Disabled Worker Allowence. Why is very fast when “they” cut the it.slow bila nak bagi ? (Sorry a liitle bit rojak in bahasa). That is our money…why dilambatkan prosesnya? Bukan banyak pun..Just RM 200 per month. Bila dengar gaji kita naik cepat betul potong..belum sempat gaji naik lagi(in my husband’s case -he is government servent). RM200 is big amount for golongan marhain like us. Mungkin sedikit jumlahnya bagi orang kat atas sana.


Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: