RAYUAN SUPAYA TEMPOH TAHANAN TIDAK DILANJUTKAN LAGI SELEPAS DUA (2) TAHUN YANG BERAKHIR PADA 22/6/2007

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan kepada surat dari perayu Puan Kokilavany a/p Kanaghasan yang diterima kami pada 5/3/2007 yang membawa maksud tersendiri (sesalinan dilampirkan bersama disini). Bagi pihak perayu iaitu Puan Kokilavany a/p Kanaghasan yang beralamat di No.85, Jalan Anggerik 7, Taman Puchong Perdana, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, kami merayu supaya tempoh tahanan suaminya, Encik Muniandy a/l Subramaniam (No.K/P 710505-08-5625) tidak dilanjutkan lagi selepas dua (2) tahun yang akan berakhir pada 22/6/2007. Kami dengan ini memohon agar Muniandy a/l Subramaniam (No.K/P 710505-08-5625) ini dilepaskan dan dibebaskan tanpa syarat dan pada kadar segera dan/atau semoga tempoh tahanan beliau yang akan tamat pada 23/6/2007 tidak dilanjutkan lagi.

Kami dengan rendah diri merayu yang jika tahanan ini dilanjutkan lagi selepas 23/6/2007, maka satu penganiayaan akan berlaku kepada beliau dan juga keluarga beliau terutamanya isteri dan ketiga-tiga (3) anak beliau yang berumur tujuh belas (17) tahun, lima belas (15) tahun dan tiga belas (13) tahun yang memerlukan kasih sayang dan penjagaan bapa mereka. Anakguam kami akan terpaksa membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam untuk satu Writ Habeas Corpus hanya jika pihak YAB tidak membenarkan rayuan kami ini.

Kerjasama dan budi-bicara pihak Y.A.B dalam perkara ini disanjung tinggi. Sekian, terima kasih.

0 Responses to “RAYUAN SUPAYA TEMPOH TAHANAN TIDAK DILANJUTKAN LAGI SELEPAS DUA (2) TAHUN YANG BERAKHIR PADA 22/6/2007”


  1. No Comments

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: