STRATEGI NASIONAL MENENTANG POLISI NEO-LIBERALISME DAN PENSWASTAAN
Selangor Chinese Assembly Hall

PERSIDANGAN MEJA BULAT:
STRATEGI NASIONAL MENENTANG POLISI NEO-LIBERALISME DAN PENSWASTAAN KEMUDAHAN AWAM

Sejak dua tahun kebelakangan ini, serangan neo-liberal keatas rakyat Malaysia semakin berleluasa. Trend ini adalah satu fenomena Global dan di Malaysia Kerajaan Abdullah Badawi semakin giat melaksanakan polisi yang dimulakan sejak zaman Dr. Mahathir lagi.

Polisi-polisi neo-liberalisme semakin mendominasi dan menekan kehidupan rakyat di Malaysia antaranya peningkatan jurang antara orang kaya dan miskin, peningkatan kos hidup dan penurunan taraf hidup, pengabaian kebajikan pekerja dan penggunaan polisi buruh murah.

Dalam Negara pula, pelbagai isu perkauman dan agama dipermainakan agar gabungan dan gerakan rakyat sentiasa terpisah. Globalisasi dan neo-liberalisme adalah agenda negara-negara maju untuk mengeksploit dan mengaut keuntungan tinggi dari negara-negara lain. Kita tidak boleh menentang kuasa-kuasa besar ini tanpa berganding bahu.

Kesan dan reaski kepada ini, telah wujud pelbagai kumpulan dan oranisasi yang menentang pengamalan polisi neoliberal baik di peringkat antarabangsa mahupun peringkat nasional.

Setiap gabungan yang sedia ada juga terbatas dari segi sumber, tenaga kerja, kewangan dan sebagainya. Terdapat juga persepsi bahawa kempen-kempen anti-neoliberal dan kempen kesedaran ini boleh dijalankan serentak untuk menjimat kos dan sumber.

Sehubungan dengan itu, JERIT mengambil inisiatif diatas untuk membuat satu rundingan meja bulat untuk mendengar pandangan dan melihat bagaimana setiap kempen ini boleh dijalankan dengan lebih berkesan, berbincang dan berkongsi strategi dan melihat samada perlu ada satu badan koordinisasi untuk mengabungan semua inisiatif ini atau menari titik persamaan kerjasama.

Objektif

Persidangan Meja Bulat ini adalah bertujuan untuk mengabung tenaga dan
bekerja ke arah mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Semua gabungan yang berjuang menentang polisi-polisi neoliberalisme secara berasingan seperti Gabungan Menentang Penswastaan Air, Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan, Gabungan Menentang Kenaikan Tol, Gabungan Menentang Harga Minyak, Gabungan Menentang GST dan Gabungan Menentang Perjanjian Perdagangan Bebas MAL-US bersatu di bawah satu network longgar supaya dapat berbincang dn mengatur strategi bersama.
  2. Mengabungkan solidariti nasional & antarabangsa untuk kuatkan lagi penentangan terhadap polisi-polisi neoliberalisme melalui pelbagai aktiviti bersama.
  3. Membuat aktiviti bersama:
    • Linkage melalui website
    • Bantu membantu edar risalah untuk meliputi kawasan yang lebih luas
    • Protes bersama dan bergabung
    • Ceramah, Forum Bersama

Kami percaya jika kita dapat bekerjasama, mengkordinasi dan menguatkan lagi solidariti antara kita melalui pelbagai aktiviti seperti memobilisasi rakyat melalui kempen menentang polisi-polisi neoliberalisme, maka satu pergerakan rakyat yang lebih mantap dalam menentukan hala-tuju politik negara dapat dibentuk.

Oleh itu, kami amat berharap saudara-saudari dapat meluangkan masa untuk
menghadiri Persidangan Meja Bulat yang akan di adakan pada tarikh dan masa
seperti berikut:

* Tarikh: **14 April 2007** (Sabtu) *
* *
* Masa: 10.00 pagi *
* *
* Tempat: Chinese Assembly Hall (tentative) *
* Agenda*: *di lampirkan dan boleh diubahsuai atas permintaan ramai
(di bawah)*
Sekian.
*Agenda Persidangan Meja Bulat (draft)*
9.30am:

Pendaftaran/Tea

10.00am:

Ucapan Pembuka tirai & Persembahan Slight
(wakil JERIT)

10.15am:

Panel discussion

Pebentangan Kertas Kerja 1: Penentangan terhadap Polisi Neo-liberalisme & Penswastaan di Negara-Negara Asia (An
overview)
Speaker: Charles Santiago
Pembentangan Kertas Kerja 2: Sejauh mana
Malaysia mengamalkan polisi neo-liberal dan bagaimana reaksi dari
massarakyat dan masyarakat sibel Malaysia menentang fahaman ini?
Speaker: Nizam Mahshar
Pembentangan Kertas Kerja 3: Strategi Nasional Menentang Polisi Neoliberalisme & Penswastaan Kemudahan Awam
Speaker: Saudara Dr. Kumar dari PSM

11.30am:

Perbincangan Kedua – Ruang Kerjasama antara gabungan
Ahli-Ahli Panelist adalah:
1. Sdra Hatta dari PAS mewakili PROTES-Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak
2. Sdra Nasir Hashim mewakili Gabungan Menentang GST
3. Sdri Kohila mewakili Gabungan Membantah US-MSA FTA
4. Sdra Nizar mewakili Gabungan Menentang Penswastaan Air, Perak
5. Saudara Ponniah dari Gabungan Kesihatan

1.00pm:

Ucapan Penutup.


Community Development Centre (CDC)
No.72B, Taman Sri Langat
Jalan Reko, Kajang, Selangor
Tel/Fax: 03-87370766

0 Responses to “STRATEGI NASIONAL MENENTANG POLISI NEO-LIBERALISME DAN PENSWASTAAN<br>Selangor Chinese Assembly Hall”


  1. No Comments

Leave a Reply




Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: