PEMAJU DAN PEMILIK LADANG LION GROUP MEMAKSA PEKERJA LADANG BROOKLANDS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENYELESAIAN YANG BERAT SEBELAH !

· PEMAJU DAN PEMILIK LADANG LION GROUP MEMAKSA PEKERJA MENANDATANGANI PERJANJIAN PENYELESAIAN YANG BERAT SEBELAH !

· LION GROUP MENGINTIMIDASI DENGAN MEMBIARKAN PEKERJA TINGGAL DALAM KUARTERS LADANG YANG TERUK DAN MEMAKSA PEKERJA MEMBAYAR BIL AIR SYABAS YANG TINGGI !

· LION GROUP ENGGAN MEMBAYAR PAMPASAN UNTUK SEGALA KESUSAHAN YANG TELAH DIALAMI OLEH PEKERJA AKIBAT KERJA PEMBANGUNAN YANG DIJALANKAN SEKITAR KUARTERS MEREKA.

(contoh surat  bantahan di bawah)

Latar belakang
1. Ladang Brooklands yang terletak berhampiran 8 km daripada bandar Banting ,Selangor DE telah mula beroperasi sejak 100 tahun yang lalu .

2. Luas Ladang Brooklands adalah 1800 ekar dan merangkumi 8 Divison pada awalnya

3. Pada asalnya Ladang ini adalah milik Dunlop Estates dan kemudian telah bertukar tangan kepada Tuan punya tempatan . Tuan ladang sekarang ialah LION GROUP yang telah mengambilalih ladang ini pada tahun 1992.

4. Pada satu masa terdapat lebih daripada 100 keluarga/pekerja di ladang ini dan ramai telah keluar apabila ladang dijual dan dibangunkan .

5. Kini terdapat 52 keluarga bekas pekerja yang tidak dapat pergi kemana-mana kerana tiada rumah sendiri untuk berpindah.

6. Pekerja Ladang Brooklands telah mula berjuang untuk perumahan sendiri sejak 1970 an lagi . Ladang Brooklands antara ladang pertama yang telah menjanjikan untuk melaksanakan Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang Tun Abdul Razak tahun 1973.

7. Pengurus pada masa itu , juga telah membuat suatu tawaran untuk membina rumah teres kos rendah untuk pekerja pada tahun 1977 sebagai langkah perlaksanaan Skim ini .KINI SUDAH 30 TAHUN PEKERJA MASIH MENUNGGU UNTUK PERUMAHAN SENDIRI !

8. Pada tahun 1992 pula , anak syarikat Lion Group, Akurjaya Sdn.Bhd. telah membeli Ladang Brooklands dengan rancangan melaksanakan projek perumahan dan membina projek penting Lion Group iaitu kilang MEGASTEEL .

9. Para pekerja kilang Kelapa sawit ladang telah diberikan notis mengosongkan rumah apabila tapak rumah kuarters mereka di rancang untuk pembinaan projek Mega Steel pada tahun 1995 .

10. Apabila pekerja menuntut Perumahan Sendiri sepertimana yang di janjikan dulu , Lion group telah menyaman pekerja ke Mahkamah sehingga ke Mahkamah Tinggi Shah Alam menuntut supaya pekerja mengosongkan rumah .

11. Sejak Disember , 1995 pelbagai taktik telah digunakan oleh pengurusan untuk menghalau pekerja , dengan memotong bekalan elektrik dan air , menutup jalan , tangkapan polis dan sebagainya .

12. Pekerja telah berjuang sehingga kes tersebut ditarik balik oleh majikan. Pekerja telah membuat banyak demonstrasi , menghantar memorandum dan mendesak Kerajaan Negeri Selangor .

13. Pada tahun 1997 , semua pekerja ladang diberhentikan kerja dan mereka telah ditawarkan rumah pangsa kos rendah., walaupun para pekerja menuntut rumah teres kos rendah .Satu perjanjian juga dibuat dengan wakil Kesatuan Sekerja Pekerja Ladang (NUPW) tanpa persetujuan pekerja.

14. Para pekerja telah terus menuntut rumah teres kos rendah sepertimana yang inginkan dalam Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang , 1973 itu . Meraka enggan membeli rumah pangsa tersebut apabila ditawarkan kepada mereka .

15. Walaupun polisi Kerajaan Negeri Selangor jelas menyatakan bahawa rumah sendiri pekerja ladang harus dibina dahulu SEBELUM apajua projek perumahan lain dimulakan , tetapi LION GROUP terus meneruskan projek perumahan mewah, kos tinggi dan sederhana tinggi .

16. Dalam mesyuarat dengan Kerajaan Negeri, Exco juga mendesak Tuan ladang membina dahulu rumah sendiri sebelum memindahkan pekerja , tetapi Kerajaan Negeri gagal melaksanakan perintah berhenti kerja kepada pemaju Lion Group itu .

17. Selepas para pekerja sendiri menghentikan projek pemaju dan memaksanya ke meja perundingan akhirnya pada tahun 2005 , Lion Group setuju membina rumah teres kos rendah teres satu tingkat dengan harga RM 35,000.

KINI , JANJI MEMBINA RUMAH SENDIRI UNTUK PEKERJA SELAMA 30 TAHUN YANG LALU AKHIRNYA DITUNAIKAN, TETAPI SIAPAKAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEGALA KESUKARAN DAN KEMUSNAHAN HARTA BENDA SELAMA 10 TAHUN INI ?

Selama , 10 tahun ,pekerja ladang yang menyara hidup dengan gaji yang rendah dibebankan oleh tindakan , Lion Group yang telah meneruskan projek perumahan mewah sekitar kuarters pekerJa .Justeru itu pekerja menuntut pampasan atas dasar ;

Ø Lion Group melaksanakan projek pembangunan rumah mewah disekeliling kuarters pekerja menyebabkan semua parit dan saliran air tersumbat akibat kerja penimbunan tanah .
Ø Sejak 1996 , banjir kerap kali melanda rumah kuarters pekerja menyebabkan kerosakan perabot dan harta benda .
Ø Kos membeli bekalan air dan bekalan elektrik kerumah apabila pengurusan ladang memotong bekalan elektrik dan air
Ø Kos membaik pulih rumah yang usang
Ø Kos membaik pulih wayar tiang elektrik
Ø Kos membina tandas
Ø Kos mengali sendiri longkang dan parit , akibat ditutup oleh kerja pembangunan pemaju
Ø Kos peguam , melawan kes hingga ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Tinggi KL .

TAMBAHANYA PULA, KINI …

i) Segala kos letrik dan air yang sepatutnya dibayar oleh Syarikat kini cuba dipotong dari wang sewa yang akan dibayar kepada pekerja sementara menunggu rumah baru siap
ii) Tidak mahu memberi satu jaminan wang sekiranya projek perumahan ini tergendala dengan tiba-tiba.

18. Tuntutan yang dibuat oleh para bekas pekerja adalah amat rasional kerana pekerja yang hidup empat generasi bekerja ladang ini juga telah bertolak ansur dalam banyak isu seperti mereka sedia menerima wang sewa yang kurang dari harga pasaran, sedia mengosongkan kuarters walaupun rumah sendiri mereka belum siap .

19. Walaupun pengurusan telah berjanji akan menjaga segala kemudahan diladang , tetapi selama 11 tahun , para pekerja ladang telah mengalami pelbagai kesukaran dan menanggung pelbagai kos seperti diatas .

20. Malangnya , Lion Group enggan membayar pampasan akibat perbuatannya sendiri membiarkan pekerja hidup dalam pelbagai kesusahan diladang .

21. Para pekerja telah mengadakan perbincangan beberapa kali dan mengadakan pelbagai aksi demonstrasi menuntut pampasan yang wajar daripada Lion , tetapi Lion Group masih berdegil .

Kami dengan ini meminta solidariti dan bantuan kerjasama menghantar surat kepada Pengerusi Lion Group , Tan Sri William Cheng mendesaknya memenuhi tuntutan pekerja .

Justeru itu , kami meminta rakan seperjuangan , menghantar surat bantahan kepada Lion Group atas keputusan mereka yang enggan membayar pampasan . Kami berharap , saudara/I sekalian akan mendesak Lion Group membayar pampasan dan menyelesaikan isu perumahan kami , para pekerja Ladang Brooklands .

Tahukah anda ?
Lion Group telah membuat banyak sumbangan menjaga imej sosialnya sebagai korporat prihatin …..???

The Lion Group Medical Assistance Fund (LGMAF) menyampaikan cek untuk RM161,300 kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk 23 pesakit pada tahun 2005.

PT Lion Metal Works Tbk(anak sykt di Indonesia )menyumbangkan Rp 30,000,000 atau RM12,420 kepada Red Cross Indonesia membantu mangsa gempa bumi di Yogyakarta.

Lion-ASM Foundation menyumbangkan bantuan sebanyak RM119,500 kepada enam pelajar cemerlang pada 29 June 2006.

Lion Group menyumbangkan RM50,000 kepada Malaysia Crime Prevention Foundation pada 9 Ogos 2006, dan RM25,000 kepada Tabung Amanah Pendidikan Universiti Industri Selangor (UNISEL)’yang dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, UNISEL’s pada 21 August 2006, sebagai programme bantuan komuniti .
Pada 7 September 2006, Puan Seri Chelsia Cheng, isteri kepada Lion Group Chairman Tan Sri William Cheng presented memberikan sumbangan sebanyak RM250,000 kepada BAKTI’s sebagai sumbangan kebajikan

Lion Group Chairman & CEO, Tan Sri William Cheng menyampaikan cek bernilai RM250,000 kepada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai sumbangan kepada Persatuan Bekas Tentera (Ex-servicemen’s Association) pada 29 September 2006.

………TETAPI BEKAS PEKERJA LION GROUP SENDIRI DIANIYAYI !!

Sekian terima kasih ,

Salam perjuangan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Siva( 016-6798005 )

Contoh Surat seperti dibawah ;

Kepada ,

Tan Sri William H J Cheng FAX : 03-21641036
Chairman Lion Group TEL: 03- 21622155
Group Head Office:
Level 46 - 47
Menara Citibank
165, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Tan Sri ,

BAYAR PAMPASAN KEPADA PEKERJA LADANG BROOKLANDS , BANTING SELESAIKAN ISU PERUMAHAN PEKERJA

Kami daripada ____________ _________ _________ berasa kesal kerana keputusan Lion Group yang enggan membayar pampasan kepada para pekerja Ladang Brooklands , Banting . Kami kecewa , Tan Sri yang baru –baru ini telah dianugerahkan ‘Property Man of The Year , 2006 ‘ gagal menyelesaikan masalah perumahan pekerja Tan Sri sendiri .

Sejak tahun 1996 , para pekerja Ladang Brooklands menunggu untuk perumahan sendiri mereka . Walaupun , perumahan pekerja yang menduduki tuanpunya ladang tersebut harus dibina dahulu tetapi , pihak tuan lebih cenderung membina kilang Mega Steel dan projek perumahan mewah Bandar Mahkota , Brooklands . Akibat daripada projek pembangunan ini , pekerja telah mengalami pelbagai kesusahan seperti kes mahkamah, banjir , kerosakan barang , tiada tandas, rumah buruk , bekalan elektrik dan bekalan dipotong dan sebagainya .

Walaupun , tawaran Tan Sri untuk menawarakan rumah teres kos rendah , satu tingkat , dengan harga RM 35,000 amat dialu-alukan , tetapi kenapa berdegil dalam isu pampasan ?

Tidakah tuntutan para pekerja untuk pampasan akibat segala kesukaran yang dialami sejak 1996 itu wajar ? Kenapakah enggan membayar pampasan untuk kesukaran dan kos yang timbul akibat tindakan pemaju dan pengurusan ladang Lion Group sendiri ?

Syarikat Lion Group dan Tan Sri sendiri yang begitu terkenal dalam arena perniagaan , tidak seharusnya berkedukut dan berdegil . Pekerja meminta pampasan yang munasabah untuk kos sebenar kehilangan harta benda dan kesukaran mereka.
Justeru itu , kami menuntut bahawa ;

1) ANDALAS DEVELOPMENT DAN THE BROOKLANDS SELANGOR RUBBER COMPANY mengadakan rundingan dan menawarkan pampasan yang munasabah .

2) Projek pembangunan dan kerja tanah harus dihentikan sehingga isu perumahan pekerja diselesaikan dan pekerja dipindahkan daripada tapak kuarters sekarang .

3) Kekalkan bekalan air dan letrik sepertimana yang dijanjikan oleh anda dalam perjanjian pemberhentian kerja , 1997 dan patuhi Akta Worker Minimum Standards of Housing and Amenities Bill , 1990

Clause 6(1) Where workers and their dependants are provided with housing at their place of employment it shall be the duty of the employer of such place of employment –
a) to provide free and adequate piped water drawn from public main ……
b) to provide adequate electricity supply;
c) to ensure that the buildings are kept in a good state of repair and painted to present a satisfactory appreance …

Adalah diharapkan , Tan Sri , mempertimbangkan keputusan ini dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa pekerja untuk memutuskan suatu amaun yang wajar dan diterima oleh kedua-dua pihak .

Sekian , terima kasih
Yang benar ,

SILA FAX ATAU EMAIL SATU SALINAN SURAT ANDA KEPADA NO.FAX: 03-58823323 EMAIL : sivarajan.a[at]gmail.com

0 Responses to “PEMAJU DAN PEMILIK LADANG LION GROUP MEMAKSA PEKERJA LADANG BROOKLANDS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENYELESAIAN YANG BERAT SEBELAH !”


  1. No Comments

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: