Kursus Alternatif Y4C: Adakah Hubungan Etnik Mesra Satu Impian Jauh?
KL-Selangor Chinese Assembly Hall, Jln Maharajalela, KL

Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik -Keberkesanan dan Cabaran untuk Merealisasikan Hubungan Etnik Rapat

Panel:
1)*Prof. Johan Saravanamuttu (Bekas Profesor Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, USM)

2)*Dr. Sumit Mandal (Ahli Penyelidik Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia , UKM)
*tentatively

Rasional:
Dengan pengenalan Modul Hubungan Etnik pada 23 Januari 2007, respon daripada golongan masyarakat agak berbeza dibandingkan dengan reaksi yang terhadap buku teks UPM yang kontroversial itu. Dalam media arus perdana, respon yang memberangsangkan banyak disiarkan seolah-olah menunjukkan Modul yang dihantar kepada Kabinet itu telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Walau bagaimanapun, apakah keberkesanan Modul ini dalam merapatkan hubungan etnik di Malaysia? Sejauh manakah proses konsultasi dibuat dalam proses mengeluarkan modul ini? Apakah analisis dan posisi yang diambil oleh penulis modul ke atas isu-isu yang dikatakan “sensitif” atau “kontroversial”? Apakah dengan mengelakkan isu-isu tersebut, keharmonian antara kaum dapat dipupuk?

Kesemua pertanyaan ini adalah penting untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh terhadap hubungan etnik yang semakin teruk seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Tanpa penglibatan daripada masyarakat umum dalam penyediaan modul, matlamat untuk menyediakan modul yang sebenar tidak akan dicapai.

Oleh itu, Youth for Change (Y4C), bersama-sama dengan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik supaya satu pendekatan yang lebih mendalam dapat dicapai. Penglibatan daripada masyarakat akan mendorong pencapaian hubungan etnik yang benar-benar memanfaatkan kesemua pihak.

Tarikh: 27 March 2007 (Selasa)
Tempat : Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Masa: 8.00pm-10.00pm
Bahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

0 Responses to “Kursus Alternatif Y4C: Adakah Hubungan Etnik Mesra Satu Impian Jauh? <br />KL-Selangor Chinese Assembly Hall, Jln Maharajalela, KL”


  1. No Comments

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: