Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik - Keberkesanan dan Cabaran untuk Merealisasikan Hubungan Etnik Rapat
Panel:
1) Prof Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Penyelaras Modul Hubungan Etnik, Director bagi UKM’s Institute of the Malay World and Civilisation and Institute of Occidental Studies)
2) Dr.Syed Husin Ali (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Bekas Profesor Sains Kemasyarakatan Universiti Malaya)
Rasional:
Dengan pengenalan Modul Hubungan Etnik pada 23 Januari 2007, respon daripada golongan masyarakat agak berbeza dibandingkan dengan reaksi yang terhadap buku teks UPM yang kontroversial itu. Dalam media arus perdana, respon yang memberangsangkan banyak disiarkan seolah-olah menunjukkan Modul yang dihantar kepada Kabinet itu telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Walau bagaimanapun, apakah keberkesanan Modul ini dalam merapatkan hubungan etnik di Malaysia? Sejauh manakah proses konsultasi dibuat dalam proses mengeluarkan modul ini? Apakah analisis dan posisi yang diambil oleh penulis modul ke atas isu-isu yang dikatakan “sensitif†atau “kontroversial� Apakah dengan mengelakkan isu-isu tersebut, keharmonian antara kaum dapat dipupuk?
Kesemua pertanyaan ini adalah penting untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh terhadap hubungan etnik yang semakin teruk seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Tanpa penglibatan daripada masyarakat umum dalam penyediaan modul, matlamat untuk menyediakan modul yang sebenar tidak akan dicapai.
Oleh itu, Youth for Change (Y4C), bersama-sama dengan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik supaya satu pendekatan yang lebih mendalam dapat dicapai. Penglibatan daripada masyarakat akan mendorong pencapaian hubungan etnik yang benar-benar memanfaatkan kesemua pihak.
Tarikh: 6 March 2007 (Selasa)
Tempat : Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Masa: 8.00pm-10.00pm
Bahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
apa yang diperkatakan itu memang betul dan saya menyokongnya 100%
Saya amat bersetuju dengan pengeluaran modul hubungan etnik ini. Sebaiknya setiap institusi mewajibkan subjek ini sebagai satu langkah dalam menyatukan semula rakyat Malaysia yang hampir berpecah dek kerana tidak faham dengan erti kontrak sosial yang telah dimaterai sejak zaman kemerdekaan dahulu. Sekiranya perpecahan kaum berlaku, tidak mustahil negara kita akan dijajah kembali akibat daripada kelalaian kita sendiri dalam menjalin keharmonian hidup bermasyarakat yang majmuk ini.
sekian, terima kasih