Laporan Protes dan Penyerahan Memorandum Membantah FTA US-Malaysia 7/2/07

Hari ini, masuk hari ketiga kerajaan Malaysia dan Amerika mengadakan perundingan perjanjian bebas (FTA) di Sabah. Sementara mereka giat memperniagakan hak rakyat Malaysia di sana, lebih 60 pekerja kilang, ladang, pelajar dan aktivis dari Gabungan Rakyat Membantah US FTA telah berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika untuk menunjukkan bantahan terhadap perundnganUS FTA ini.

Protes telah bermula pada lebih kurang 10.30 pagi. Pihak polis telah pun berkumpul lebih awal daripada itu untuk “menjaga keselematan kedutaan”. Maklumlah , pihak kerajaan Malaysia hendak menunjukkan kepada Amerika yang kepentingan mereka akan dijaga . Protes telah bermula dengan laungan slogan , hidup rakyat, hidup perjuangan, Rakyat Malaysia Membantah US FTA sama sekali. Setelah itu satu delegasi telah ke hadapan pintu masuk Kedutaan Amerika untuk menyerahkan memorandum yang bertajuk : US HANDS OFF MALAYSIA! STOP US FTA NEGOTIATIONS IMMEDIATELY!



Memorandum telah diterima oleh Cik Elaine Jones yang merupakan Pegawai Ekonomi bagi pihak kedutaan. Akan tetapi semasa menerima memorandum itu, Cik Elaine Jones pun sama macam kerajaan Amerikanya, cuba nak ” fast track” perbincangan. Apabila pihak gabungan cuba memberi penerangan kepadanya mengenai memorandum tersebut, beliau mengatakan, ” I will receive the document. If you want to have discussion call the embassy to schedule and appointment”. Inilah yang dikatakan berkali-kali apabila pihak gabungan cuba memberi penerangan. Bukan itu sahaja, beliau tidak mahu tandatangan sebagai bukti penerimaan memorandum. Yang sungguh melucukan, ada pula seorang macam ” bodyguard” yang cuba menarik dari tempat itu selepas memorandum di terima macam dia tak perlu cakap dengan kita lagi selepas memorandum diterima. Setelah itu, Siva dari PSM telah memintanya untuk memberi kad namanya yang beliau telah bagi setelah beberapa kali ditanya. Inisden ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Amerika ini memangnya buli dan semuanya mereka hendak cepat dan mereka tidak kisah apa yang hendak dikatakan oleh orang lain atau negara lain.

Setelah memorandum diserahkan, wakil-wakil gabungan telah memebri ucapan. Sivarajan dari Parti Sosialis Malaysia mengatakan, Rakyat Malaysia tidak mahu US FTA ini. Beliau juga mengatakan US jangan cuba buli kita dan menuntut kerajaan Malaysia jangan menunduk kepada buli Amerika ini. Siva juga mengatakan bahawa , banyak kajian telah menunjukkan bahawa US FTA ini akan menyebabkan pengangguran meningkat dan kemiskinan meningkat. MAka kenapa kita nak US FTA ini. Lagipun US FTA ini adalah penjajahan dari pintu belakng.

Dr Kumar dari Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan mengatakan , sekarang kita diancam dengan penswastaan hospital kerajaan dan dengan FTA ini harga ubat pun akan naik, apakah nasib rakyat miskin dalam keadaan ini. Setelah itu , saudara MAh dari Mtaag ( People Living with Aids) telah menyanyikan lagu yang bertemakan FTA Akan Menyusahkan Rakyat.

Setelah itu, Saudara Nathan dari Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT berucap. Dalam ucapannya, beliau telah mengatakan , “Sudahlah pekerja kilang sekarang pun gaji rendah. Kerajaan Malaysia tidak hendak endahkan masalah pekerja kilang. Sekiranya FTA ini ditandatangani, memang hak pekerja kilang akan digadaikan kepada syarikat-syarikat gergasi Amerika.”

Program hari ini diakhiri dengan laungan slogan ” Hidup Rakyat ! Hidup perjuangan! ” Hidup Kedaulatan Malaysia ! STOP FTA, DOWN! DOWN FTA! US HANDS OFF MALAYSIA! US DON’T BULLY! NO TO FTA!

Walaupun kerajaan mengatakan US FTA akan membawa kebaikan , akan tetapi kebenarannya ia akan mengadai masa depan kita dan generasi yang akan datang!

JOM KITA TERUSKAN BANTAHAN KITA TERHADAP FTA !

US HANDS OFF MALAYSIA!

Kohila
Sekretariat JERIT

2 Responses to “Laporan Protes dan Penyerahan Memorandum Membantah FTA US-Malaysia 7/2/07”


  1. 1 freelunch2020 Feb 8th, 2007 at 7:23 pm

    ada gambar tak? i want to put on my blog~~~~~can email me pls.. GOOD WORK~~~

  2. 2 bangkit.net Feb 8th, 2007 at 8:46 pm

    i don’t have any great photos, but sent you an e-mail liau :)

    nat


Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: