(All Speakers Confirmed) Register Now:Y4C Alternative Course on NEP!!!

SIRI PEMIKIRAN KRITIS
“Kursus-kursus Alternatif Berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)”

Penganjur-penganjur bersama
Youth For Change (Y4C)
National Young Lawyers Committee (NYLC), Bar Council
Humanity Library, Persatuan Bahasa Tionghua Alumni Universiti Sains Malaysia

Tempat Masa 2000-2200
Bar Council Auditorium
13, 15 & 17 Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur

Kursus-kursus

1. 11.1.2007“Bayangkan Malaysia tanpa DEB…”
· Dr Lim Teck Ghee (Bekas Pengarah Centre for Public Policy Studies, ASLI)
· Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim (Bekas Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd dan Permodalan Nasional Berhad)

2. 18.1.2007

“Apakah pandangan akademik terhadap DEB?”
· Dr Dzukifli Ahmad (Pengarah Pusat Penyelidikan PAS)
· Prof Rajah Rasiah (Profesor Teknologi dan Inovasi, University Malaya)

3. 25.1.2007

“DEB: Eratkan hubungan etnik atau sebaliknya?”
· Dr Jeyakumar Devaraj (Parti Sosialis Malaysia dan Coalition Against Health Care Privatization)
· Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS, Terengganu)
· YB Datuk Zaid Ibrahim (Ahli Parlimen Kota Bahru)

4. 6.2.2007

“Mampukah DEB berdepan dengan cabaran globalisasi?”
· YB M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
· Sdr. Tian Chua (Ketua Penerangan, Parti KeADILan Rakyat)
· YB Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)
· YB Dato’ Shahrir Abdul Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru)

Rasional

Dengan penerbitan laporan “Proposals for the Ninth Malaysia Plan” oleh Centre for Public Policy Studies, ASLI bertarikh Februari 2006 yang mengandungi 5 kertas kerja, dan “sambutan” oleh ahli-ahli politik berkenaan hasil laporan tersebut, ramai orang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah tercapai atau yang belum tercapai oleh DEB? Bagaimanakah penilaian keberkesanan DEB dijalankan? Adakah masyarakat umum sebagai “stakeholder” dalam negara ini juga dapat melibatkan diri dalam perbincangan?

Lebih merisaukan adalah perbincangan terbuka sering disekat ataupun dipermainkan sebagai isu perkauman. Malahan, pihak Kerajaan sendiri tidak mampu untuk memberikan statistik-stastik yang jelas – Pelan Malaysia Ke-9 menyatakan ekuiti Bumiputra adalah 18.9%, Dr Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan) menyatakan ia 36.6% pada 7.11.06 dan Dato Sri Mohd Effendi Norwawi (Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri) menyatakan ia 21.8% pada 13.11.06.

Oleh itu, Kursus-kursus Alternatif Berkenaan Dasar Ekonomi Baru merupakan satu kesinambungan daripada Kursus-kursus Alternatif Hubungan Etnik yang telah Y4C adakan pada bulan Ogos yang lepas. Sambutan yang memberangsangkan pada kursus-kursus tersebut telah menyakinkan penganjur-penganjur bahawa dengan adanya perbincangan yang terbuka dan berterusan, kita dapat berfikir dengan luas dan kritikal.

Kursus-kursus kali ini dicipta khasnya untuk membuka satu ruang perbincangan alternatif supaya persoalan-persoalan yang dianggap “sensitif” yang timbul dapat dibincang secara rasional dan terbuka. Ia juga diharap para hadirin yang hadir dapat mengenalpasti masalah dan juga kabaikan yang telah timbul akibat DEB.

SEMUA DIJEMPUT UNTUK HADIR DAN DIMINTA UNTUK MENGISI BORANG PENDAFTARAN DI BAWAH DAN MENGHANTARNYA KE Y4C!

————————————————————————————————————————————————

REGISTRATION FORM

Personal Particulars (* delete as appropriate)
Title: * Prof. / Dr. / Mr. / Mrs. / Ms
Name: (Last Name) (First Name)
Institutional Affiliation:
Position:
Contact Address:

Email:
Telephone: Fax:
* I wish / do not wish to receive information about upcoming events from Youth for Change (Y4C)

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Sekretariat Y4C di 03-77831164 atau Khai Loon di 013-3970519 atau Yee Ling di 012-7355025 atau melalui emel di y4c2006@gmail.com.

0 Responses to “(All Speakers Confirmed) Register Now:Y4C Alternative Course on NEP!!!”


  1. No Comments

Leave a Reply




Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: