PENDUDUK BEREMBANG BERJAYA HENTIKAN KERJA PEMAJU!!!!

Hari ini, 29/12/06 lebih kurang pukul 9 pagi dan pukul 1 petang, kontraktor pemaju telah cuba menceroboh kampong dengan jentolak. kononya mahu bersihkan kawasan kampong yang kotor. Tetapi penduduk berjaya menghentikan kerja-kerja kontraktor tersebut dan telah membuat dua aduan polis terhadap pemaju dan kontraktor.

Penduduk bukannya tidak mahu kawasan mereka dibersihkan. Tetapi sehingga hari ini pemaju tidak mahu melakukan sebarang perundingan dengan penduduk dan menceroboh kawasan kampong dengan sesuka hati. Penduduk akan menghentikan segala kerja pemaju dan mempertahankan kampong mereka daripada diceroboh sehinggalah pemaju mengadakan rundingan dengan penduduk bagi menyelesaikan masalah.

Parames Elumalai

0 Responses to “PENDUDUK BEREMBANG BERJAYA HENTIKAN KERJA PEMAJU!!!!”


  1. No Comments

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: