Hari ini Gabungan Rakyat Membantah FTA US-Malaysia telah ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menghantar surat membalas hujah Dato’Seri Paduka Rafidah Aziz yang mengatakan Malaysia-US FTA akan dibuat dengan menjaga kepentingan rakyat Malaysia.
Akan tetapi, hujah-hujah gabungan jelas menunjukkan kepentingan Malaysia akan digadaikan jika Malaysia-US FTA ditandatangani.
Memorandum gabungan yang disokong oleh 42 organisasi bukan kerajaan, parti politik dan kumpulan masyarakat telah diterima oleh Pn Mastura Ahmad Mustafa, Principal Assistant Director, Jabatan Hubungan Bilateral dan Regional. Beliau telah menjanjikan bahawa pihak kementerian akan mengkaji memorandum gabungan dan mengambil kira hujah-hujahnya.
Program disudahi dengan tuntutan bahawa Malaysia-US FTA harus diberhentikan dengan segera. Sekiranya tidak, pihak gabungan akan meneruskan desakan terhadap kerajaan Malaysia untuk jangan menjual rakyat Malaysia kepada Amerika.
Kohila
Sekretariat JERIT
GABUNGAN RAKYAT MEMBANTAH FTA US-MALAYSIA
No. 22A, Jalan Vivekananda , Jalan Tun   Sambanthan , 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7791Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Fax: 03-87374772
Tarikh : 21hb Disember ,2006
YB Menteri ,
*PERJANJIAN PERDAGANGAN   BEBAS MALAYSIA – AMERIKA SYARIKAT (US-MALAYSIA FREE TRADE  AGREEMENT ) *
Merujuk kepada surat Dato Seri   bertarikh 19hb November , 2006 ,kami , daripada Parti Politik , Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kesatuan Sekerja dan pelbagai pertubuhan sosial ingin   sekali lagi mendesak Dato ‘Seri untuk menghentikan segala rundingan dengan Amerika mengenai Free Trade Agreement.
*
* *
*Kami juga menuntut :Â *
*A)  Implikasi  Dan Analisis Faedah Dan Kos Perjanjian Us-Malaysia Fta Mesti Diumumkan Kepada Awam*
*B)**    **Minit  Perundingan Dan Isu Perbincangan Diantara Amerika Dan Malaysia Dalam Perjanjian Ini Mestilah Diumumkan . *
*C)**   **Suatu Mekanisma Maklumbalas Dan Komen Yang Membolehkan Rakyat Biasa Menyuarakan Kepentingan Dan Kebimbangan Mereka Mengenai  Implikasi
Us-Malaysia FTA diadakan*
*D)**   **Perbincangan Yang Lebih Telus Dan  Direpresentasi Oleh Pelbagai Pertubuhan Rakyat , Badan  Bukan  Kerajaan , Pertubuhan Hak Asasi , Suhakam , Parti Politik , Kesatuan Pekerja Mesti Diadakan Dengan  Segera Untuk Menerangkan Perkembangan Perundingan Dan Menerima Maklumbalas Daripada Wakil –Wakil Tersebut.*
*E)**    **Sehingga Kerajaan Melaksanakan Tuntutan –Tuntutan Seperti  Diatas, Segala Perundingan Susulan Dengan  Amerika  Mengenai Us-Malaysia Free Trade  Agreement Hendaklah Ditangguh . *
Kami ahli gabungan , tidak berpuashati  jawapan yang diberikan oleh  Menteri dalam surat bertarikh 19hb November , 2006 yang gagal menjelaskan implikasi Perjanjian  US-Malaysia FTA ini  dengan mendalam.
Berhubung dengan jawapan Menteri tersebut , pihak Gabungan ingin mengungkitkan beberapa persoalan penting yang perlu diteliti oleh pihak Menteri    seperti berikut ;
A)Â Â Â *PETANI TIDAK AKAN TERJEJAS OLEHÂ Â Â PERJANJIAN INI* .
Menteri memberi jaminan bahawa *beras dan tembakau tidak akan disenaraikan  untuk akses pasaran Amerika Syarikat* .Sejauh manakah perkara ini benar ?   Setahu
kami ,format Perjanjian US-FTA adalah tetap . Amerika biasanya tidak akan mengubah komponen ataupun kandungan perjanjiannya atas permintaan satu negara. Jika benar ,beras dan tembakau dikecualikan , bagaimana pula   dengan hasil tanaman lain ? Sanggupkah petani Malaysia bersaing dengan hasil pertanian Amerika yang mendapat subsidi yang tinggi daripada kerajaan Amerika yang akan membanjiri pasaran kelak akibat penurunan tariff import hasil pertanian luar negara?
B)Â Â Â Â *RAKYAT TIDAK AKAN HILANG KERJA *.
* ** *
Hujah Menteri bahawa dengan adanya US-Malaysia FTA , pelaburan asing akan  bertambah sekaligus  meningkatkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi negara adalah suatu kesimpulan  yang cetek ! . Kesannya  kepada pekerja Malaysia adalah lebih daripada itu . Ekonomi Malaysia   kini adalah berbeza daripada tahun 1970 an . Kini terdapat banyak syarikat tempatan yang telah berkembang menghasilkan pelbagai produk keperluan am . *Jika melalui US-Malaysia  FTA produk Amerika dikurangkan tarifnya ke 0 % , sanggupkah produk industri tempatan bersaing dengan produk Amerika yang akan menjadi jauh lebih murah *? National Association of Manufacturers Amerika menanggap bahawa eksport produk Amerika ke Malaysia akan bertambah dua kali ganda dalam masa   dua tahun , jika US-Malaysia   FTA ini ditandatangani . Justeru itu , pelbagai sektor perkilangan tempatan akan tutup , sekali gus menyebabkan kehilangan kerja dan pengganguran . Lagipun, tiada jaminan bahawa eksport Malaysia ke Amerika akan meningkat. Ini adalah kerana pada masa sekarang USTR tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan tariff ke atas barangan Malaysia lebih daripada 50% untuk barangan yang dikenakan tariff  lebih 5% ( contoh tekstil)
C)Â Â Â Â HARGA UBAT TIDAK AKAN NAIK
Kepastian yang diberikan oleh Menteri bahawa sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh paten mestilah seiring dengan peraturan Akta Paten 1983 iaitu , 20 tahun   dipersoalkan . Segala U USFTAs yang telah ditandatangani kecuali NAFTA sememangnya memerlukan supaya tempoh paten dilanjutkan lebih daripada apa yang dikehendaki oleh WTO . Selain   daripada itu , US FTA juga meletakkan syarat –syarat pemilikan harta intelek seperti berikut ;
i) Lebih banyak produk tumbuhan asal . produk ubatan dari hutan boleh dipatenkan . Akibatnya rakyat membayar harga tinggi bagi produk hasil hutan tempatan kerana adanya paten tersebut .
ii)                US FTA *meletakkan  syarat ‘keeksklusifan data ‘oleh* pencipta sesuatu ubat selama 5 tahun . Akibatnya ubat generic tidak dapat didaftarkan dengan menggunakan data pencipta asal . Maka , pesakit tenat yang memerlukan sesuatu ubat terpaksa   membayar apajua harga tinggi yang ditetapkan oleh pengeluar asal ubat yang memonopoli pasaran tersebut .
iii)             US FTA juga *menghalang  sesuatu ubat generic didaftarkan sehingga paten ubat asal tersebut tamat* . Akibatnya sesuatu ubat generic penting tidak dapat didaftarkan dan dijual walaupun Kerajaan ingin berbuat demikian .untuk menampung keperluan rakyat
Bagaimana Menteri berkata” Kerajaan akan memastikan perjanjian ini tidak akan menjejaskan   kemampuan rakyat untuk mendapatakan ubat-ubatan murah ? Di negara Peru , Latin Amerika , telah dianggarkan bahawa USFTA akan mengakibatkan harga ubat untuk meningkat 2 kali ganda. Kenaikan harga ubat , sepertimana yang dikenalpasti   oleh World Health Organisation (WHO) akan hanya dirasai selepas 15 tahun perjanjian US-FTA ditandatangani .
“Special Rapporteur” untuk Hak Kesihatan dari Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Kesihatan Dunia (the World Health Assembly), Menteri Kesihatan dari 10 negara Latin Amerika, Menteri Kesihatan Kesatuan Afrika, dan juga Pertubahan Kesihatan Dunia ( World Health Organization)telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesan USFTA terhadap harga ubat
Kini harga ubat yang dipatenkan , sudah pun  mahal dan sukar diperolehi oleh rakyat yang berpendapatan rendah . Kajian menunjukkan ubat yang dipatenkan harga nya boleh   sampai sehingga 1,044% lebih tinggi daripada harga ubat generic jenis sama ! *Jika keluaran ubat generic di tangguhkan ataupun disekat   oleh US-Malaysia FTA ini , bagaimana Kerajaan dapat memastikan ubat-ubat kritikal ini masih mampu dibeli   oleh pesakit yang memerlukannya ? *
D)Â Â Â Â PERJANJIAN US-MALAYSIAÂ FTA TIDAK MEMBERIKAN STATUS ISTIMEWA KEPADA SYARIKATÂ AMERIKA
Walaupun Dato Seri menafikan bahawa tiada layanan atau status   istimewa akan diberikan kepada syarikat –syarikat Amerika , tetapi kami risau atas *kenyataan
Dato ‘Seri bahawa  Kerajaan akan hanya memberikan  syarikat –syarikat Amerika layanan yang sama seperti syarikat –syarikat tempatan *.
Memberikan layanan yang sama kepada syarikat –syarikat Amerika ( yang lebih kuat dari segi sumber, kepakaran , kewangan dan daya   saing ) ,maksudnya memberikan layanan yang lebih baik kepada syarikat Amerika .Ini adalah kerana , syarikat tempatan yang kurang dari segi sumber kewangan , kepakaran dan daya
saing sememangnya   tidak dapat bertanding dengan syarikat gergasi Amerika ! Jika Kerajaan sendiri tidak mempertahankan industri tempatan , industri tersebut akan menjadi tidak kompetitif .Implikasi   kejatuhan industri tempatan adalah besar kepada golongan pekerja dan rakyat   biasa
.
Kebimbangan kami mengenai “expropriation provision”  yang akan menghalang kerajaan Malaysia daripada mengambil langkah-langkah untuk melindungi kesihatan dan alam sekitar yang telah kami utarakan dalam memorandum kami juga tidak dijelaskan dalam jawapan Dato’ Seri . Bolehkah pihak Dato’Seri memberi jaminan bahawa perkara ini tidak akan dimasukkan dalam FTA antara Amerika dan Malaysia?
Pihak Dato’ Seri juga telah menyatakan bahawa keputusan untuk melancarkan rundingan Malaysia –US FTA juga dibuat setelah mendapati bahawa terdapat potensi untuk meningkatkan aliran pelaburan diantara Malaysia dan Amerika Syarikat. Ingin kami utarakan bahawa kajian Bank Dunia dan “United Nations Conference on Trade and Development” mendapati bahawa perlindungan pelabur yang tinggi ( cth: akibat USFTA) tidak membawa kepada peningkatan pelaburan asing. Kajian oleh ” United Nations Development Programme” juga tidak mendapat apa bukti yang kukuh yang mengatakan FTA dengan Negara maju akan meningkatkan pelaburan asing. Terdapatnya berbagai faktor yang mempengaruhi keputusan pelaburan dan kami risau bahawa apa-apa pelaburan tambahan akan di “offset” dengan kerugian dalam sektor lain yang telah dibuka kepada Amerika Syarikat melalui USFTA ini. Adakah kajian ini telah diambil kira dalam kajian kos dan faedah yang kementerian anda buat ?
E)Â Â Â Â Â SEKTORÂ KEMUDAHAN ASAS TIDAK AKAN DIBUKAÂ Â PASARAN KEPADA AMERIKA
Walaupun Dato Seri memberikan kepastian   bahawa Kerajaan tidak akan membuka pasaran untuk kemudahan asas, tetapi US FTA biasanya menganggap bahawa sektor yang tidak dihalang oleh Kerajaan untuk penyertaan asing , adalah terbuka   kepada penyertaan mereka ( negative list approach ). Maksudnya , jika Kerajaan gagal menyenaraikan sector-sektor tertentu yang dihalang  untuk penyertaan Amerika , maka sector tersebut dianggap boleh disertai oleh pelabur   asing . Ini termasuk juga ,apajua sector kemudahan asas atau bidang perniagaan yang mungkin wujud pada masa  depan .
Jika ianya   tidak di senaraikan , maka , Kerajaan tidak dapat menghentikan syarikat Amerika daripada melibatkan diri dalam bidang tersebut ,mungkin 10 tahun ? 20 tahun akan datang . Dapatkah anda memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia hanya akan meliberalisasi sektor perkhidmatannya kepada syarikat Amerika berdasarkan senarai positif ( positive list)?
Justeru itu , Dato’Seri ,kami ahli –ahli gabungan *amat  meragui apakah keuntungan yang akan diperolehi dan  kepentingan siapa yang akan diambil kira dengan menandatangani Perjanjian US-Malaysia FTA ini . *
Jika benar , bahawa Kerajaan akan  mempertimbang faedah perjanjian ini kepada negara dan Kerajaan akan mendapatkan  maklumbalas daripada  kumpulan –kumpulan kepentingan ,maka Gabungan menuntut seperti  berikut ;
* *
*A)**  **Implikasi Dan Analisis Faedah Dan Kos Perjanjian Us-Malaysia Fta Mesti Diumumkan Kepada Awam*
*B)**  ** Minit  Perundingan Dan Isu Perbincangan Diantara Amerika Dan Malaysia Dalam Perjanjian Ini Mestilah Diumumkan . *
*C)**  ** Suatu Mekanisma Maklumbalas Dan Komen Yang Membolehkan Rakyat Biasa Menyuarakan Kepentingan Dan Kebimbangan Mereka Mengenai  Implikasi
Us-Malaysia FTA harus diadakan*
*D)**  ** Perbincangan Yang Lebih Telus Dan  Direpresentasi Oleh Pelbagai Pertubuhan Rakyat , Badan  Bukan  Kerajaan , Pertubuhan Hak Asasi , Suhakam , Parti Politik , Kesatuan Pekerja Mesti Diadakan Dengan  Segera Untuk Menerangkan Perkembangan Perundingan Dan Menerima Maklumbalas Daripada Wakil –Wakil Tersebut.*
*E)**  ** Sehingga Kerajaan Melaksanakan Tuntutan –Tuntutan Seperti  Diatas , Segala Perundingan Susulan Dengan  Amerika  Mengenai Us-Malaysia Free
Trade  Agreement Hendaklah Ditangguh . *
Yang benar
Gabungan Rakyat Membantah  US-Malaysia  FTA
* *
*Organisasi  yang Menyokong Kenyataan ini *
1. Alaigal
2. Aliran Kesedaran Negara ( ALIRAN)
3. All Women Action Society (AWAM)
4. Angkatan Muda Keadilan
5. Centre for Independent Journalism
6. Community Development  Centre
7. Consumer Association of Penang
8. Democratic Action Party (DAP)
9. Food Not Bombs (FNB), KL
10. Gabungan Anak Muda & Pelajar, JERIT
11. Gabungan MAnsuhkan ISA (GMI)
12. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, Bandar Baru Bangi
13. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, Beranang
14. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, JERIT
15. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, Perak
16. Gabungan Peneroka Bandar & Perumahan, JERIT
17. Inter-varsity Council
18. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
19. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I (JKMI)
20. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang,JERIT
21. Jawatankuasa Bertindak Ladang Sungai Rinching
22. Jawatankuasa Ladang Semenyih
23.  Kesatuan Guppy Plastic Sdn Bhd
24. KL & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
25. Kumpulan Kemajuan Masyarakat
26. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
27. Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)
28. Monitoring Sustainability of Globalisation
29. Panggau (Sarawak)
30. Parti Islam Semalaysia (PAS)
31. Parti Keadilan Rakyat
32. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
33. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
34. Pemuda Sosialis
35. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
36. Sadia (Sarawak)
37. Sahabat Alam Malaysia
38. Sisters In Islam (SIS)
39. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
40. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
41. Suara Warga Pertiwi
42. Third World Network
pada pendapat saya, isu fta hendaklah dibawa kepada dewan rakyat dan dibincang di parlimen dengan lebih terbuka.saya sebagai rakyat malaysia ingin mengetahui isi-isi yang terkandung di dalam fta.
apa sekali pun yg hendak di bawa masuk ke malaysia hendaklah ia nya di famami oleh setiap lapisan masyarakat.dengan kefahaman ini maka rakyat boleh membuat pertimbangan dahulu mengenai positif atau negatif cadangan tersebut.kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara dan gaya hidup masyarakat kita selepas ini.jangan sekali memandang remeh pandangan masyarakat malaysia kerana mereka juga sebahagian daripada kemakmuran negara kita sendiri.apa apa pun yang hendak di lakukan kerajaan hendaklah membincangkan secara terbuka dan membuat penerangan yg terperinci contohnya FTA.kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keadaan hura hara jika yg dilaksanakan itu nanti menimbulkan masalah atau kesan negatif kepada rakyat yg akan menimbulkan huru hara akhirnya.