Jangan Gadaikan Rakyat Malaysia! Hentikan Malaysia-US FTA !

Hari ini Gabungan Rakyat Membantah FTA US-Malaysia telah ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menghantar surat membalas hujah Dato’Seri Paduka Rafidah Aziz yang mengatakan Malaysia-US FTA akan dibuat dengan menjaga kepentingan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, hujah-hujah gabungan jelas menunjukkan kepentingan Malaysia akan digadaikan jika Malaysia-US FTA ditandatangani.

Memorandum gabungan yang disokong oleh 42 organisasi bukan kerajaan, parti politik dan kumpulan masyarakat telah diterima oleh Pn Mastura Ahmad Mustafa, Principal Assistant Director, Jabatan Hubungan Bilateral dan Regional. Beliau telah menjanjikan bahawa pihak kementerian akan mengkaji memorandum gabungan dan mengambil kira hujah-hujahnya.

Program disudahi dengan  tuntutan bahawa Malaysia-US FTA harus diberhentikan dengan segera. Sekiranya tidak, pihak gabungan akan meneruskan desakan terhadap kerajaan Malaysia untuk jangan menjual rakyat Malaysia kepada Amerika.

Kohila
Sekretariat JERIT
GABUNGAN RAKYAT MEMBANTAH FTA US-MALAYSIA

No. 22A, Jalan Vivekananda , Jalan Tun    Sambanthan , 50470 Kuala Lumpur

Tel: 03-2274 7791                    Fax: 03-87374772

Tarikh : 21hb Disember ,2006

YB Menteri ,

*PERJANJIAN  PERDAGANGAN    BEBAS  MALAYSIA – AMERIKA  SYARIKAT (US-MALAYSIA  FREE TRADE   AGREEMENT ) *

Merujuk kepada surat  Dato Seri    bertarikh  19hb November , 2006 ,kami , daripada Parti Politik , Badan Bukan Kerajaan (NGO)  Kesatuan Sekerja dan pelbagai pertubuhan sosial ingin    sekali lagi mendesak Dato ‘Seri untuk menghentikan segala rundingan dengan Amerika mengenai Free Trade Agreement.
*

* *

*Kami juga menuntut :  *

*A)   Implikasi   Dan Analisis Faedah Dan Kos  Perjanjian Us-Malaysia Fta Mesti Diumumkan Kepada Awam*

*B)**     **Minit   Perundingan Dan Isu Perbincangan Diantara Amerika  Dan Malaysia  Dalam Perjanjian Ini Mestilah Diumumkan . *

*C)**    **Suatu Mekanisma Maklumbalas Dan Komen Yang Membolehkan Rakyat Biasa Menyuarakan Kepentingan Dan Kebimbangan Mereka  Mengenai   Implikasi
Us-Malaysia FTA diadakan*

*D)**    **Perbincangan Yang Lebih Telus Dan   Direpresentasi Oleh Pelbagai Pertubuhan Rakyat  , Badan   Bukan   Kerajaan , Pertubuhan Hak Asasi , Suhakam , Parti Politik , Kesatuan Pekerja  Mesti Diadakan  Dengan   Segera Untuk Menerangkan  Perkembangan Perundingan Dan Menerima Maklumbalas Daripada Wakil –Wakil Tersebut.*

*E)**     **Sehingga Kerajaan Melaksanakan Tuntutan –Tuntutan Seperti   Diatas, Segala  Perundingan Susulan  Dengan   Amerika   Mengenai  Us-Malaysia  Free Trade   Agreement  Hendaklah Ditangguh . *

Kami ahli gabungan , tidak berpuashati   jawapan yang diberikan oleh   Menteri dalam surat bertarikh  19hb November , 2006 yang gagal menjelaskan implikasi Perjanjian   US-Malaysia FTA ini   dengan  mendalam.

Berhubung dengan jawapan Menteri tersebut , pihak Gabungan ingin mengungkitkan beberapa persoalan penting yang perlu diteliti oleh pihak Menteri     seperti  berikut  ;

A)    *PETANI TIDAK AKAN TERJEJAS OLEH    PERJANJIAN INI* .
Menteri memberi jaminan bahawa *beras dan tembakau tidak akan disenaraikan   untuk akses pasaran  Amerika  Syarikat* .Sejauh manakah perkara ini benar ?    Setahu
kami ,format Perjanjian US-FTA adalah tetap . Amerika biasanya tidak akan mengubah komponen ataupun kandungan perjanjiannya atas permintaan satu negara. Jika benar ,beras dan tembakau dikecualikan , bagaimana pula    dengan hasil tanaman lain ?  Sanggupkah petani Malaysia bersaing  dengan hasil pertanian Amerika yang mendapat subsidi yang tinggi daripada kerajaan Amerika yang akan membanjiri pasaran kelak akibat penurunan tariff import hasil pertanian luar negara?

B)     *RAKYAT TIDAK AKAN HILANG KERJA *.

* ** *

Hujah Menteri bahawa dengan adanya US-Malaysia FTA , pelaburan asing akan   bertambah sekaligus   meningkatkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada  ekonomi negara adalah suatu kesimpulan   yang cetek ! . Kesannya   kepada  pekerja Malaysia adalah lebih daripada  itu . Ekonomi Malaysia    kini adalah berbeza daripada tahun 1970 an . Kini terdapat banyak syarikat tempatan yang telah berkembang menghasilkan pelbagai produk keperluan am . *Jika melalui US-Malaysia   FTA produk Amerika dikurangkan tarifnya  ke 0 % , sanggupkah produk industri tempatan bersaing  dengan produk Amerika yang akan menjadi jauh lebih murah *? National Association of  Manufacturers Amerika menanggap bahawa  eksport produk Amerika ke Malaysia akan bertambah dua kali ganda dalam masa    dua  tahun ,  jika  US-Malaysia    FTA ini  ditandatangani . Justeru itu , pelbagai sektor  perkilangan tempatan akan tutup , sekali gus menyebabkan kehilangan kerja dan pengganguran . Lagipun, tiada jaminan bahawa eksport Malaysia ke Amerika akan meningkat. Ini adalah kerana pada masa sekarang USTR tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan tariff ke atas barangan Malaysia lebih daripada 50% untuk barangan yang dikenakan tariff   lebih 5% ( contoh tekstil)

C)     HARGA UBAT TIDAK AKAN NAIK

Kepastian yang diberikan oleh Menteri bahawa sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh paten mestilah seiring dengan peraturan Akta Paten 1983 iaitu , 20 tahun    dipersoalkan . Segala U USFTAs yang telah ditandatangani kecuali NAFTA sememangnya memerlukan supaya tempoh paten dilanjutkan lebih daripada apa yang dikehendaki oleh WTO . Selain    daripada itu , US FTA juga meletakkan syarat –syarat pemilikan harta intelek seperti berikut ;

i) Lebih banyak produk tumbuhan asal . produk ubatan  dari hutan boleh dipatenkan . Akibatnya rakyat membayar harga tinggi bagi produk hasil hutan tempatan kerana adanya paten tersebut .

ii)                 US FTA *meletakkan   syarat ‘keeksklusifan data ‘oleh*  pencipta sesuatu ubat  selama 5 tahun . Akibatnya ubat generic tidak dapat didaftarkan  dengan menggunakan data pencipta  asal . Maka , pesakit tenat yang memerlukan sesuatu ubat terpaksa    membayar apajua harga  tinggi yang ditetapkan oleh pengeluar asal ubat yang memonopoli pasaran tersebut .

iii)              US FTA juga *menghalang   sesuatu ubat generic didaftarkan sehingga  paten ubat asal tersebut tamat* . Akibatnya sesuatu ubat generic penting tidak dapat didaftarkan dan dijual walaupun Kerajaan ingin berbuat demikian .untuk menampung keperluan rakyat

Bagaimana Menteri berkata” Kerajaan akan memastikan perjanjian ini tidak akan menjejaskan    kemampuan rakyat untuk mendapatakan ubat-ubatan murah ? Di negara Peru , Latin Amerika , telah dianggarkan bahawa USFTA akan mengakibatkan harga ubat untuk meningkat 2 kali ganda. Kenaikan harga ubat , sepertimana yang dikenalpasti    oleh  World Health Organisation (WHO) akan hanya dirasai selepas 15 tahun  perjanjian US-FTA ditandatangani .

“Special Rapporteur” untuk Hak Kesihatan dari Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Kesihatan Dunia (the World Health Assembly), Menteri Kesihatan dari 10 negara Latin Amerika, Menteri Kesihatan Kesatuan Afrika, dan juga Pertubahan Kesihatan Dunia ( World Health Organization)telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesan USFTA terhadap harga ubat

Kini harga ubat yang dipatenkan , sudah pun   mahal dan sukar  diperolehi oleh rakyat yang berpendapatan rendah . Kajian menunjukkan ubat yang dipatenkan harga nya  boleh    sampai sehingga 1,044% lebih tinggi daripada harga ubat  generic  jenis sama ! *Jika keluaran ubat generic di tangguhkan ataupun disekat    oleh  US-Malaysia FTA ini , bagaimana Kerajaan dapat memastikan ubat-ubat kritikal ini masih mampu  dibeli    oleh pesakit yang memerlukannya ? *

D)     PERJANJIAN US-MALAYSIA  FTA TIDAK MEMBERIKAN STATUS ISTIMEWA KEPADA SYARIKAT  AMERIKA

Walaupun Dato Seri menafikan bahawa tiada layanan atau status    istimewa akan  diberikan kepada syarikat –syarikat Amerika , tetapi kami risau atas *kenyataan
Dato ‘Seri bahawa   Kerajaan akan hanya memberikan   syarikat –syarikat Amerika layanan yang sama  seperti  syarikat –syarikat tempatan *.

Memberikan layanan yang sama kepada syarikat –syarikat Amerika ( yang lebih kuat dari segi sumber, kepakaran , kewangan dan daya    saing ) ,maksudnya  memberikan layanan yang lebih baik kepada syarikat  Amerika .Ini adalah kerana , syarikat tempatan yang kurang dari segi sumber kewangan , kepakaran dan daya
saing sememangnya    tidak dapat  bertanding dengan syarikat  gergasi Amerika ! Jika  Kerajaan  sendiri tidak mempertahankan  industri tempatan , industri tersebut akan menjadi tidak kompetitif .Implikasi    kejatuhan industri tempatan adalah  besar  kepada  golongan pekerja dan rakyat    biasa
.

Kebimbangan kami mengenai “expropriation provision”   yang akan menghalang kerajaan Malaysia daripada mengambil langkah-langkah untuk melindungi kesihatan dan alam sekitar yang telah kami utarakan dalam memorandum kami juga tidak dijelaskan dalam jawapan Dato’ Seri . Bolehkah pihak Dato’Seri memberi jaminan bahawa perkara ini tidak akan dimasukkan dalam FTA antara Amerika dan Malaysia?

Pihak Dato’ Seri juga telah menyatakan bahawa keputusan untuk melancarkan rundingan Malaysia –US FTA juga dibuat setelah mendapati bahawa terdapat potensi untuk meningkatkan aliran pelaburan diantara Malaysia dan Amerika Syarikat. Ingin kami utarakan bahawa kajian Bank Dunia dan “United Nations Conference on Trade and Development” mendapati bahawa perlindungan pelabur yang tinggi ( cth: akibat USFTA)  tidak membawa kepada peningkatan pelaburan asing. Kajian oleh ” United Nations Development Programme” juga tidak mendapat apa bukti yang kukuh yang mengatakan FTA dengan Negara maju akan meningkatkan pelaburan asing. Terdapatnya berbagai faktor yang mempengaruhi keputusan pelaburan dan kami risau bahawa apa-apa pelaburan tambahan akan di “offset” dengan kerugian dalam sektor lain yang telah dibuka kepada Amerika Syarikat melalui USFTA ini. Adakah kajian ini telah diambil kira dalam kajian kos dan faedah yang kementerian anda buat ?

E)      SEKTOR  KEMUDAHAN ASAS TIDAK AKAN DIBUKA   PASARAN KEPADA AMERIKA

Walaupun  Dato Seri memberikan kepastian    bahawa Kerajaan tidak akan membuka pasaran untuk kemudahan asas, tetapi US FTA  biasanya menganggap bahawa sektor yang tidak dihalang oleh Kerajaan untuk penyertaan asing , adalah terbuka    kepada penyertaan mereka ( negative  list approach ). Maksudnya , jika Kerajaan gagal menyenaraikan  sector-sektor tertentu yang dihalang   untuk penyertaan Amerika , maka sector  tersebut dianggap  boleh disertai oleh pelabur    asing . Ini termasuk juga ,apajua sector  kemudahan asas atau bidang perniagaan yang mungkin wujud pada masa   depan .

Jika  ianya    tidak di senaraikan , maka , Kerajaan tidak dapat menghentikan syarikat Amerika daripada melibatkan diri dalam bidang tersebut ,mungkin 10 tahun ? 20 tahun akan datang . Dapatkah anda memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia hanya akan meliberalisasi sektor perkhidmatannya kepada syarikat Amerika berdasarkan senarai positif ( positive list)?

Justeru itu , Dato’Seri ,kami ahli –ahli gabungan *amat   meragui apakah  keuntungan yang akan  diperolehi  dan   kepentingan siapa yang akan diambil kira dengan menandatangani Perjanjian  US-Malaysia  FTA ini . *

Jika benar , bahawa  Kerajaan akan   mempertimbang faedah perjanjian  ini kepada  negara dan Kerajaan akan mendapatkan   maklumbalas daripada   kumpulan –kumpulan kepentingan ,maka  Gabungan  menuntut seperti   berikut ;

* *

*A)**   **Implikasi Dan Analisis Faedah Dan Kos  Perjanjian Us-Malaysia Fta Mesti Diumumkan Kepada Awam*

*B)**   ** Minit   Perundingan Dan Isu Perbincangan Diantara Amerika  Dan Malaysia  Dalam Perjanjian Ini Mestilah Diumumkan . *

*C)**   ** Suatu Mekanisma Maklumbalas Dan Komen Yang Membolehkan Rakyat Biasa Menyuarakan Kepentingan Dan Kebimbangan Mereka  Mengenai   Implikasi
Us-Malaysia FTA harus diadakan*

*D)**   ** Perbincangan Yang Lebih Telus Dan   Direpresentasi Oleh Pelbagai Pertubuhan Rakyat  , Badan   Bukan   Kerajaan , Pertubuhan Hak Asasi , Suhakam , Parti Politik , Kesatuan Pekerja  Mesti Diadakan  Dengan   Segera Untuk Menerangkan  Perkembangan Perundingan Dan Menerima Maklumbalas Daripada Wakil –Wakil Tersebut.*

*E)**   ** Sehingga Kerajaan Melaksanakan Tuntutan –Tuntutan Seperti   Diatas , Segala  Perundingan Susulan  Dengan   Amerika   Mengenai  Us-Malaysia  Free
Trade   Agreement  Hendaklah Ditangguh . *

Yang  benar

Gabungan Rakyat Membantah   US-Malaysia   FTA

* *

*Organisasi   yang Menyokong Kenyataan ini *

1. Alaigal
2. Aliran Kesedaran Negara ( ALIRAN)
3. All Women Action Society (AWAM)
4. Angkatan Muda Keadilan
5. Centre for Independent Journalism
6. Community Development   Centre
7. Consumer Association of Penang
8. Democratic Action Party (DAP)
9. Food Not Bombs (FNB), KL
10. Gabungan Anak Muda & Pelajar, JERIT
11. Gabungan MAnsuhkan ISA (GMI)
12. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, Bandar Baru Bangi
13. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, Beranang
14. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, JERIT
15. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja, Perak
16. Gabungan Peneroka Bandar & Perumahan, JERIT
17. Inter-varsity Council
18. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
19. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I (JKMI)
20. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang,JERIT
21. Jawatankuasa Bertindak Ladang Sungai Rinching
22. Jawatankuasa Ladang Semenyih
23.   Kesatuan Guppy Plastic Sdn Bhd
24. KL & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
25. Kumpulan Kemajuan Masyarakat
26. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
27. Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)
28. Monitoring Sustainability of Globalisation
29. Panggau (Sarawak)
30. Parti Islam Semalaysia (PAS)
31. Parti Keadilan Rakyat
32. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
33. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
34. Pemuda Sosialis
35. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
36. Sadia (Sarawak)
37. Sahabat Alam Malaysia
38. Sisters In Islam (SIS)
39. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
40. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
41. Suara Warga Pertiwi
42. Third World Network

2 Responses to “Jangan Gadaikan Rakyat Malaysia! Hentikan Malaysia-US FTA ! ”


  1. 1 frs Mar 11th, 2007 at 5:12 pm

    pada pendapat saya, isu fta hendaklah dibawa kepada dewan rakyat dan dibincang di parlimen dengan lebih terbuka.saya sebagai rakyat malaysia ingin mengetahui isi-isi yang terkandung di dalam fta.

  2. 2 alfa May 9th, 2007 at 10:59 am

    apa sekali pun yg hendak di bawa masuk ke malaysia hendaklah ia nya di famami oleh setiap lapisan masyarakat.dengan kefahaman ini maka rakyat boleh membuat pertimbangan dahulu mengenai positif atau negatif cadangan tersebut.kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara dan gaya hidup masyarakat kita selepas ini.jangan sekali memandang remeh pandangan masyarakat malaysia kerana mereka juga sebahagian daripada kemakmuran negara kita sendiri.apa apa pun yang hendak di lakukan kerajaan hendaklah membincangkan secara terbuka dan membuat penerangan yg terperinci contohnya FTA.kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keadaan hura hara jika yg dilaksanakan itu nanti menimbulkan masalah atau kesan negatif kepada rakyat yg akan menimbulkan huru hara akhirnya.


Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: