plse send urgent appeal to the MPAJ to stop brutal demolition at kg.berembang!

Sahabat seperjuangan,Maklumat Terkini: Kg. Berembang!!!
MPAJ SEDANG ROBOHKAN KHEMAH PENDUDUK…. …
Polis, JAIS, MPAJ sekarang yang sudah berada di Kg.Berembang untuk merobohkan surau pada sejak pagi tadi telah mula untuk merobohkan khemah-khemah penduduk yang telah dibina selepas perobohan 20 November 2006 lalu.

Penduduk Kg.Berembang memerlukan bantuan anda pada masa ini. Sokongan solidariti diperlukan daripada semua, tolong datang ke Kg Berembang untuk menghalang perobohan haram ini!

Untuk keterangan lanjut: Li Kang: 012-5173067 & Simon: 012-3290683

plse send urgent appeal to the MPAJ to stop this ASAP……
YDP Haji Mohamad bin YaacobMajlis Perbandaran Ampang Jaya

Tel: 03-42968090 Fax: 03-42968060

Tuan,

HENTIKAN PEROBOHAN SURAU DI KAMPUNG BERAMBANG SEKARANG

Kami daripada ____________ _________ _________ _____ membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang mengancam untuk merobohkan surau penduduk Kampung Berembang.

Kampung Berembang yang diduduki oleh 50 keluarga selama lebih 30 tahun kini diancam pengusiran paksa di bawah Polisi Setinggan Sifar Negeri Selangor. Mereka telah diberi notis keluar (Ordinen 69 – Pembersihan Setinggan) sebelum rumah alternative mereka siap dibina.

Jadi, apa rasional MPAJ mengusir keluar penduduk tanpa menyediakan rumah alternative yang tetap.

Penduduk Kampung Berembang sememangnya tidak membantah pemindahan tetapi mereka tidak ditawarkan rumah ganti mahupun pampas an yang mencukupi. Para peneroka Bandar bersedia untuk berunding tetapi mereka tidak diberi peluang dan diabaikan dan ditindas oleh Kerajaan Negeri.

Walaupun, masalah mereka sekarang dalam perundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor dan terdapat kes yang tertangguh di mahkamah, MPAJ dengan kejamnya cuba merobohkan rumah dan surau mereka.

Oleh yang demikian, kami mendesak perobohan di Kampung Berembang dihentikan segera dan masalah ini diselesaikan dengan mengadakan rundingan dengan pihak penduduk.

Yang benar,

2 Responses to “plse send urgent appeal to the MPAJ to stop brutal demolition at kg.berembang!”


  1. 1 Mat Dec 1st, 2006 at 12:00 am

    Haji Mohamad b.Yaacob anda adalah keturunan orang Kelantan. Setahu saya orang Kelantan tak ada buat kerja yang sadis begini. Kerana tekanan, anda telah melakukan kerja yang sedang dilakukan oleh Yahudi di Palastin. Mereka orang Islam, tuan pun orang Islam, malah pernah menjadi tetamu Allah. Bertaubatlah, masih ada ruang lagi bagi tuan haji mengubah nasib malang yang tuan cipta untuk mereka. Itu pun sebelum mereka, orang yang dizalim, mendoakan perkara yang buruk kepada tuan dan staf tuan.

  2. 2 chow wen hui(017-3639609) Dec 1st, 2006 at 9:09 pm

    orang kelate mesti ikut undang-undang,jika dia orang setinggan,MESTI ROBOH,ROBOH,ROBOH!!!!!!
    KALAU TAK,MANA ADA ORANG MAHU IKUT UNDANG-UNDANG LAGI,TINdakan tuan haji betuL….SAYA MENYOKONG ANDA…MU…ROBOH…ROBOH SECEPAT MUNGKIN,…..MEMPERTAHANKAN UNDANG-UNDANG…BETUL…..kalau tidak…lain kali semua orang akan gunakan tanah orang lain…..undang-undang digubal untuk dikuatkuasakan….hantarkan penguatkuasa peroboh SEKARANG JUGA…..ROBOH………KITO MENYOKONGMU

Leave a Reply




Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: