MPAJ mengancam sekali lagi untuk merobohkan surau di Kampung Berembang, Hulu Kelang pada esok ( 30 November 2006). MPAJ yang bertungkus lumus membasmi ’setinggan’ telah menceroboh dan merobohkan rumah-rumah peneroka di Kampung Berembang pada 20 November 2006. Kini, mereka ingin meroboh pula surau di kampong ini. Walaupun pada 22 November 2006 cubaan MPAJ untuk merobohkan surau berjaya dihentikan oleh penduduk, namun pihak MPAJ masih mahu meneruskan perobohan surau ini.
Sila hantar rayuan segera membantah tindakan MPAJ yang kejam ini. Berikut adalah surat contoh:
YDP Haji Mohamad bin Yaacob
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Tel: 03-42968090 Fax: 03-42968060
E-mail: hotline@mpaj. gov.my
Tuan,
HENTIKAN PEROBOHAN SURAU DI KAMPUNG BERAMBANG SEKARANG
Kami daripada ____________ _________ _________ ___ membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang mengancam untuk merobohkan surau penduduk Kampung Berembang.
Kampung Berembang yang diduduki oleh 50 keluarga selama lebih 30 tahun kini diancam pengusiran paksa di bawah Polisi Setinggan Sifar Negeri Selangor. Mereka telah diberi notis keluar (Ordinen 69 – Pembersihan Setinggan) sebelum rumah alternative mereka siap dibina.
Jadi, apa rasional MPAJ mangusir keluar penduduk tanpa menyediakan rumah alternative yang tetap.
Penduduk Kampung Berembang sememangnya tidak membantah pemindahan tetapi mereka tidak ditawarkan rumah ganti mahupun pampas an yang mencukupi. Para peneroka Bandar bersedia untuk berunding tetapi mereka tidak diberi peluang dan diabaikan dan ditindas oleh Kerajaan Negeri.
Walaupun, masalah mereka sekarang dalam perundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor dan terdapat kes yang tertangguh di mahkamah, MPAJ dengan kejamnya cuba merobohkan rumah dan surau mereka.
Oleh yang demikian, kami mendesak perobohan di Kampung Berembang dihentikan segera dan masalah ini diselesaikan dengan mengadakan rundingan dengan pihak penduduk.
Yang benar,
Salam perjuangan
Kami dapat tahu mengenai berita ini dari Suara Keadilan (akhbar hari ini)
Dan cari di Google - cari JERIT dan jumpa laman ini
Syabas, tahniah, dan teruskan usaha murni kalian
Kami akan membantu sedaya upaya kami untuk membela komuniti