PANGGIL MB, FRU PULA DATANG!!!

Dari JERIT

28/11/2006

img_1492.JPG

*RAKYAT TETAP BERJUANG DALAM HUJAN*

Pagi ini walaupun hujan lebat , lebih 150 rakyat prihatin dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) ahli ahi gabungan JERIT , NGO-NGO , kumpulan anak muda dan pelajar, parti –parti politik bersama penduduk Kampung Berembang telah ke Pejabat Menteri Besar di SUK untuk membantah perobohan kejam Kg . Berembang pada 20/11/2006.

Peristiwa 20 November di Kampung Berembang telah menyatukan kumpulan-kumpulan ini untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan kejam Menteri Besar Selangor yang telah memberi arahan kepada MPAJ untuk merobohkan rumah penduduk Kampung Berembang dengan bantuan polis dan FRU walaupun ada surat dari JAbatan Perdana Menteri yang meminta perobohan ini ditangguhkan .

Walaupun hujan , akan tetapi protes telah dimulakan dengan semangat yang cukup tinggi. Protes dimulakan dengan laungan ” PM kata tangguh, MB kata roboh”, “Masa pilihanraya jilat kaki, selepas pilihanraya pijak kepala” dan laungan “Hidup rakyat” dilaungkan dengan berterusan . Kain banner yang berbunyi ” JERIT Menbantah Pengusiran Paksa”, ” Setinggan Sifar: Rumah Roboh; Rakyat Terbiar”, “Jangan Robohkan Rumah Peneroka; Berani Kerana Benar” juga dipegang.

pic-063.jpg pic-073.jpg

Pada masa slogan-slogan yang bersemangat sedang dilaungkan, ucapan-ucapan dari wakil Kampung ,NGO dan wakil Parti politik sedang berlangsung, pada satu sudut pula Setiausaha Kehormat Parti Sosialis Malaysia, saudara Arutchelvan dan Selvam pula mengadakan perundingan dengan pihak polis dan wakil MB untuk berjumpa MB.

Apabila laungan ” MB Turun” dilaungkan datang pula 3 truk FRU. Akan tetapi ini tidak mengentarkan rakyat yang berkumpul disana. Akhirnya, kerana tekad rakyat yang terus protes dan menuntut untuk menyerahkan memorandum keada orang yang paling kanan dalam kerajaan negeri, , Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Dato Ramli Mahmud bersama Exco Negeri turun untuk menerima Memorandum daripada delegasi-delegasi yang berada disitu.

Ketua delegasi, Parames. E dari JERIT telah membacakan kandungan memorandum dengan penuh semangat kepada wakil MB. Memorandum ini disokong oleh 50 organisasi dan kumpulan masyarakat. Setelah itu , wakil JERIT bersama wakil NGO dan kumpulan masyarakat lain dan penduduk Kampung Berembang telah menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil MB.

Seperti biasa wakil kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat hanya mendengar mengenai isu penduduk kampung dan menerima memorandum sekadar melengkapkan tanggungjawabnya. Dia hanya mengatakan dia akan menelitinya. Seorang pemberita menanya, berapa lama dia akan ambil untuk menelitinya , dia hanya kata tak tahu, saya harus menelitinya dulu.

pic-020.jpgpic-029.jpg

Perhimpunan hari ini disudahi dengan laungan HIDUP PERJUANGAN PENEROKA! HIDUP RAKYAT! Penduduk kampung Berembang kembali ke kampung mereka dengan semangat yang tinggi untuk mempertahankan rumah dan teruskan perjuangan dikampung mereka.

Perhimpunan hari ini jelas menunjukkan solidariti rakyat tertindas dimana ramai peneroka Bandar dari kampung-kampung disekeliling Selangor dan Kuala Lumpur seperti Kampung Chupadak, KAmpung Papan, Kampung Temenggng, Kampung Saujana, Kampung Sg Nipan bersama kumpulan NGO , kumpulan anak muda dan pelajar dan parti politik telah bersatu untuk membantah ketidakadilan yang berlaku di Kampung Berembang. Ini adalah satu kejayaan dan solidariti ini harus diteruskan demi membela masyarakat tertindas.

Hidup Perjuangan Peneroka Bandar!!! Hentikan Pengusiran Paksa !

Disediakan oleh
Sivaranjani.M

Sekretariat JERIT
No.72B, Taman Sri Langat
Jalan Reko, Kajang, Selangor
Tel/Fax: 03-87370766

2 Responses to “PANGGIL MB, FRU PULA DATANG!!!”


  1. 1 samsul Nov 29th, 2006 at 4:18 pm

    Dear fren,

    Diorang duduk rumah setinggan.. meman le camtu.. cuba ur tanah orang lain duduk.. at first u biar sebab kesian.. tapi bile u nak balik tanah u diorang marah plak.. buat tanah tu macam diorang punya..

    come on la.. diorang juga tak bersikap adil kepada orang yang terpaksa membeli rumah sendiri, terpaksa bayar cukai tanah, cukai pintu.. setinggan mana ada kena cukai cukai ni..

    to me.. kalau diorang marah sebab kena roboh.. cuba tengok jugak. mungkin balasan tuhan terhadap diorang kerana selama ni tak bersyukur..

  2. 2 samsul Nov 30th, 2006 at 9:46 am

    fren..

    fakta yang dijelas kan diatas semuanyer bercanggah.. surat tu bukan datang dari PM.. tapi surat dari JPM yang mana meminta pihak berkuasa ‘mempertimbangkan’ sahaja permintaan penduduk.. surat itu adalah surat courtesy untuk penduduk tapi bukanlah surat kuasa ataupun surat arahan dari JPM mahupun PM..

    kenapa NGO nak kelirukan pemikiran penduduk kampung disitu.. walhal Jerit ke bangkit ke tahu yang perkara ni memang tak dapat dielakkan.. wahai penduduk kampung berembang jerit dan bangkit ni hanya mengambil kesempatan untuk populariti dan menaikkan nama mereka je.. bile kes ni selesai dan semua rumah dah runtuh.. mereka ni akan berpindah plak ‘memperjuangkan’ nasib setinggan lain..

    takdenye jerit or bangkit ni akan bagi rumah kat kita semua penduduk kg berembang ni.. cari lawyer tu dan minta dia settlekan kat mahkamah.. kalau dia tahu kes ni takkan menang kenapa mesti amik duit kita.. lagi lama kes ni tertangguh dan yang akhirnya kekalahan pada pihak kita.. kita juga akan terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak pemaju.. adakah ini sudah diterangkan oleh pihak lawyer wakil kampung berembang???


Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: