Seeking endorsments from individuals and organisations for Memorandum to Selangor Menteri Besar: MEMBANTAH PEROBOHAN RUMAH DAN PENGUSIRAN PAKSA PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG

By JERIT

*Dear Friends of NGO and Community groups.*
This is the memo that will be handed over to the Menteri Besar of Selangor (during the protest tomorrow, 28/11/06) in relation to the forced eviction in Kampung Berembang. We need your endorsements and also plse mobilize as many people as possible to show yr protest on the inhumane demolition of the houses of the villages.
You can endorse as yr organization or individuals. Plse send in yr endorsement by 4pm TODAY ( 27/11/2006) to kohilay[at]gmail[dot]com or sms to 019-227-5982.

For further inquiries , plse call Kohila : 019-227-5982.

Thank you

* *

*MEMORANDUM BANTAHAN*

*PEROBOHAN RUMAH DAN SURAU SERTA PENGUSIRAN PAKSA PENEROKA KAMPUNG BEREMBANG.*

*KEPADA:*

*YAB DATO SERI MOHD KHIR TOYO*

*MENTERI BESAR SELANGOR*

*DARI:*

*Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)*

*Kumpulan-kumpalan Masyarakat & NGO*

*Parti-Parti Politik*

*28 November 2006*

*MEMBANTAH PEROBOHAN RUMAH DAN PENGUSIRAN PAKSA PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG OLEH YAB DATO SERI MOHD KHIR TOYO,MENTERI BESAR SELANGOR *

Kami dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), kumpulan-kumpulan NGO dan Pari-parti politik mengutuk tindakan perobohan rumah dan pengusiran paksa ini, walaupun Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SUHAKAM telah suruh perobohan ditangguhkan. Akan tetapi perobohan tetap dijalankan atas arahan yang datang daripada Menteri Besar sendiri.

Tindakan Menteri Besar yang memberi arahan untuk merobohkan rumah memberi gambaran bahawa Perdana Menteri tidak berkuasa. Oleh yang Demikian, kami;

*1. *Membantah Pengusiran paksa dan perobohan rumah dan surau yang dilakukan oleh MPAJ dan pemaju dengan bantuan polis walaupun setelah pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SUHAKAM menyeru operasi ditangguhkan. Kerajaan negeri dan MPAJ harus membayar ganti rugi kepada peneroka kampung untuk rumah yang dirobohkan dan harta yang musnah.*
*2. *Hentikan pengusiran paksa dan perobohan rumah serta surau di Kampung Berembang serta merta.*
*3. *Penduduk kampung Berembang sedia berpindah ke rumah tetap di kawasan Ampang setelah rumah yang ditawarkan siap dibina. Sehingga itu mereka tidak patut dipindahkan ke kawasan lain seperti di Puchong yang mana lokasinya lebih dari 2-4km, sepertimana yang termaktub dalam polisi kerajaan negeri.*
*4. *Pihak MPAJ dan kerajaan negeri mesti menggunakan jalan perundingan untuk menyelesaikan segala masalah dan tidak menggunakan tektik kekerasan dan kotor.*
*5. *Kerajaan dan MPAJ tidak patut bersekongkol dengan pihak pemaju untuk melaksanakan sebarang operasi ke atas penduduk Berembang.*

*Latar Belakang*

Kampung Berembang yang terletak di Jalan Ampang berdekatan Hospital Gleneagles) diduduki oleh oleh lebih 50 keluarga selama 30-40 tahun. Pada 20/11/2006, kampung ini telah diroboh oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd, Cahaya Kelang Construction (subsidari Acmar International) dengan bantuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Polis dan FRU.

Pada tahun 2003, penduduk kampung telah dijanjikan rumah kos rendah yang akan diusahasama oleh Pemodalan Negeri Selangor Berhad , Acmar International dan Perspektif Masa Sdn Bhd. Rumah kos rendah ini adalah berhampiran dengan Kampung Berembang. Akan tetapi sehingga kini projek perumahan itu masih terbengkalai dan pihak pemaju tidak mengambil apa-apa langkah untuk menyiapkan projek rumah kos rendah tersebut.

Dalam keadaan ini, penduduk kampung telah diberi notis pada bulan 17/11/2005 untuk keluar dari kampung mereka. Akan tetapi, tiada rumah alternatif ditawarkan. Hanya rumah sewa ditawarkan, itupun di Puchong, lebih 30km daripada kawasan asal.

Oleh kerana pihak pemaju Acmar International dan Perspektif Masa Sdn. Bhd serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya serta kerajaan negeri Selangor tidak menunaikan tuntutan penduduk kampung maka, injuksi diambil oleh penduduk kampung pada 6/3/2006 dan pada 14/11/2006 injuksi itu tamat. Penduduk juga telah mengambil kes demi memperjuangkan hak ke atas tanah yang diduduki dan menuntut pampasan yang adil. Kes ini akan tahu keputusan pada 30 April 2007.

Pada 4/10/06 penduduk Kampung Berembang telah membawa masalah mereka ke pengetahuan YB Menteri Ong Kah Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana YB menteri telah menjanjikan mereka untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan YB Menteri Besar Selangor memandangkan Menteri Besar sahaja yang mempunyai kuasa ke atas isu tanah. Pada asasnya YB Menteri telah bersetuju bahawa pengusiran harus dihentikan sehingga satu rundingan dijalankan antara peneroka dan Menteri Besar Selangor dan pemaju.

Berikutan dengan itu, pada 2/11/06 pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengaturkan satu perjumpaan dengan para peneroka bandar Selangor dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha SUK, Datuk Ramli. Dalam perjumpaan itu, wakil Kampung Berembang telah mengemukakan masalah projek perumahan yang ditawarkan belum siap tetapi rumah sudah mahu diroboh. Datuk Ramli telah berjanji akan membuat satu siasatan terhadap projek perumahan dan bersetuju akan mensyorkan kepada kerajaan negeri untuk membenarkan mereka tinggal di kampung tersebut jika projek perumahan itu dijangka siap dalam masa satu tahun. Tetapi apa yang menyedihkan sehingga hari ini, pihak SUK tidak memberi sebarang respons dalam kes ini.

Pada 14/11/06 pula, hakim mahkamah Tinggi Shah Alam telah menangguhkan kes mereka ke April 2007. Sebaik sahaja kes telah ditangguhkan ke April 2007, pihak pemaju bersama lebih 200 pegawai MPAJ bersama Majlis Perbandaran Selayang, RELA dan Polis telah mencerobohi Kampung Berembang pada  7/11/2006 dan telah merobohkan 3 buah rumah penduduk.

Dalam keadaan kes di mahkamah, dan projek perumahan kos rendah Berembang terbengkalai, pihak MPAJ bersama Majlis Perbandaran Selayang, RELA dan polis besubahat dengan pihak pemaju telah datang sekali lagi pada 20/11/2006 dan merobohkan semua rumah tanpa perikemanusiaan. Sebanyak 23 orang telah ditahan oleh polis semasa perobohan berlaku.

*Kesimpulan*

Membela dan menjaga rakyat mengundi adalah tanggungjawab setiap wakil rakyat. Oleh yang demikian, kami menuntut agar YB Mnteri Besar hentikan pengusiran paksa yang berterusan ini dan selesaikan masalah ini dengan serta merta.

*ORGANISASI/JAWATANKUASA MASYARAKAT/INDIVIDU YANG MENYOKONG MEMORANDUM INI
1. *Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)*
2. *Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan ,JERIT*
3. *Gabungan Peneroka Bandar & Perumahan, JERIT*
4. *Gabungan Anak Muda & Pelajar, JERIT*
5. *Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang, JERIT*
6. *Community Development Centre*
7. *Parti Sosialis Malaysia*
8. *Alaigal*
9. *Kumpulan Kemajuan Masyarakat*
10. *Pemuda Sosialis*
11. *Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i , UKM*
12. *Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Beranang*

(Anda masih boleh tandatangan dan sokong memo ini – sila e-mail kohilay[at]gmail[dot]com atau sms kepada  019-227-5982)

2 Responses to “Seeking endorsments from individuals and organisations for Memorandum to Selangor Menteri Besar: MEMBANTAH PEROBOHAN RUMAH DAN PENGUSIRAN PAKSA PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG”


  1. 1 samsul Nov 29th, 2006 at 4:23 pm

    fakta yang dinyatakan di atas adalah tidak tepat sama sekali..

    sila bertanya kepada peguam wakil pihak kg berembang.. kisah sebenar yang berlaku dimahkamah

  1. 1 flash: Kampung Berembang Protest and Memorandum Endorsements sought at jelas.info Pingback on Nov 28th, 2006 at 1:38 am

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: