PROTES MEMBANTAH PEROBOHAN HARAM KAMPUNG BEREMBANG!
Pejabat SUK Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, (Pintu Utama Mengadap IPK)

*PERJUANGAN KAMPUNG BEREMBANG BERTERUSAN! *

*SOKONGAN ANDA DIPERLUKAN DALAM PERJUANGAN INI !!! *

* *

Satu minggu sudah lalu sejak rumah penduduk Kampung Berembang dirobohkan dengan kejam oleh pihak MPAJ, Polis dengan bantuan FRU atas arahan Kerajaan Negeri Selangor yang bersekongkol dengan pemaju swasta.

Akan tetapi keangkuhan dan kekejaman pihak pemaju dan pihak pemerintah tidak menakutkan penduduk Kampung Berembang. Semangat dan tekad penduduk Kampung Berembang untuk teruskan berjuang semakin tinggi. Persembahan kanak-kanak di Kampung Berembang pada malam Sabtu 25/11/2006 jelas menunjukkan semangat perjuangan tersebar di kalangan semua lapisan penduduk Kampung Berembang.

Demi membawa perjuangan penduduk Kampung Berembang ke hadapan, *SATU PROTES MEMBANTAH PEROBOHAN HARAM KAMPUNG BEREMBANG AKAN DIADAKAN OLEH KUMPULAN-KUMPULAN MASYARAKAT, NGO-NGO, KAMPUNG-KAMPUNG PENEROKA LAIN DAN JUGA PARTI –PARTI POLITIK BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG akan diadakan.*

Butir –butir protes adalah seperti berikut :

Tarikh : 28/11/2006

Tempat : Pejabat SUK Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Pintu Utama Mengadap IPK)

Masa : 10.30 pagi

* *

Selain daripada itu, untuk membina balik rumah, penduduk kampung Berembang
memerlukan bahan –bahan binaan seperti zink, papan dan alatan pembinaan
.

*Untuk maklumat lanjut mengenai protes , hubungi : Kohila : 019-2275982 *

*Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan diperlukan sila hubungi En Misnan (AJK Kampung ) 0123003871 @ Parames ( wakil JERIT) : 013-6408159

3 Responses to “PROTES MEMBANTAH PEROBOHAN HARAM KAMPUNG BEREMBANG!<br />Pejabat SUK Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, (Pintu Utama Mengadap IPK)<br />”


  1. 1 samsul Nov 29th, 2006 at 4:13 pm

    Dear fren,

    Diorang duduk rumah setinggan.. meman le camtu.. cuba ur tanah orang lain duduk.. at first u biar sebab kesian.. tapi bile u nak balik tanah u diorang marah plak.. buat tanah tu macam diorang punya..

    come on la.. diorang juga tak bersikap adil kepada orang yang terpaksa membeli rumah sendiri, terpaksa bayar cukai tanah, cukai pintu.. setinggan mana ada kena cukai cukai ni..

    to me.. kalau diorang marah sebab kena roboh.. cuba tengok jugak. mungkin balasan tuhan terhadap diorang kerana selama ni tak bersyukur..

  1. 1 Seeking endorsments from individuals and organisations for Memorandum to Selangor Menteri Besar: MEMBANTAH PEROBOHAN RUMAH DAN PENGUSIRAN PAKSA PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG at bangkit.net Pingback on Nov 27th, 2006 at 1:26 pm
  2. 2 flash: Kampung Berembang Protest and Memorandum Endorsemenets sought at jelas.info Pingback on Nov 27th, 2006 at 1:43 pm

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: