By JERIT
23/11/2006
Seperti semalam, pagi ini juga , MPAJ yang tak bermuka malu menceroboh lagi kawasan kampung semata-mata untuk merobohkan surau. Namun orang kampung tidak takut. Mereka berjaya menghalau keluar 4 buah truk MPAJ dan sebuah kereta peronda polis. Kemudian kampung mereka diceronoh oleh TNB yang datang untuk memotong elektrik di surau tetapi dihalang serta merta oleh orang kampung.
Sejak malam semalam penduduk kampung, anak-anak muda di kampung bersama kumpulan-kumpulan anak muda dan pelajar dalam JERIT; DEMA, FNB, Solidariti Mahasiswa/I, Gabungan Mahasiswa Islam dan JKMI/UKM, telah menaikkan kain-kain rentang dan poster di kampung. Kumpulan-kumpulan pelajar Universiti juga telah menyumbangkan sumbangan makannan kepada mangsa keganasan MPAJ ini.
Ramai individu, ahli gabungan JERIT, ahli Parti sosialis Malaysia, kumpulan-kumpulan NGO juga kerap melawat orang kampung dan memberikan sokongan solidarity serta bantuan makanan, barangan dan kewangan kepada penduduk kampung.
Demi memperjuangkan hak mereka, orang kampung juga telah memulakan kerja-kerja membina rumah di kampung. Akibat kekurangan barang-barang pembinaan, kerja-kerja membina rumah sedang dibuat berperingkat-peringkat. Orang kampung juga telah bercadang untuk mengadakan gotong royong membina rumah pada hari Ahad ini.
Sekiranya anda ingin menyumbang kepada perjuangan ini , turunlah beramai-ramai untuk membantu dalam pembinaan rumah penduduk pada Ahad ini 26/11/2006. Untuk maklumat lanjut sila hubungi: En Misnan :0123003871, En. Mishood 0163809648, En. Anizan 0193586234, Parames (JERIT) : 0136408159.
Maybe we should ask the developers if they’d like to help out with the gotong royong?.. :P