Berikan Sokongan Solidariti Anda Kepada Penduduk Kg.Berembang!

Apa yang anda boleh buat?

  • Hantar Surat Bantahan dan Rayuan Segera kepada pihak Menteri, SUK Selangor, MPAJ dan Perdana Menteri supaya menghentikan pengusiran paksa dan menyediakan perumahan tetap untuk para penduduk Kg Berembang.
  • Buat laporan polis dikawasan anda mengenai tindakan kejam MPAJ, Polis dan FRU yang merobohkan rumah penduduk kampung pada 20/11/2006.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Kohila 019-2275982 @ Parames: 0136408159. Sila hantar satu salinan rayuan segera kepada jerit2002@gmail. com

Sample rayuan segera & laporan polis

YDP Haji Mohammad bin Yacob
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Tel: 03-4296 8090
Fax: 03-4296 8060
E-mail: hotline@mpaj. gov.my

YB DATO RAMLI MAHMOOD
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 14-19 , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam
Tel: 03-5544 7042
Fax: 03-5510 3062
E-mel : ramli@selangor. gov.my

Y.A.B. DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO
Menteri Besar Selangor
Pejabat Menteri Besar Selangor Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam
Tel: 03-55141119/ 55447013 Fax: 55190032
E-mel : khir@selangor. gov.my

Datuk Seri Ong Ka Ting
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3-7, Blok K, Pusat Bandar Damansara,
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 7033
Fax: 03-2094 9720
E-mail: menteri@kpkt. gov.my

Tan Sri Abu Talib bin Othman
Chairman
Malaysian Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2612 5600
Fax: 03-26125620
Email: humanrights@ suhakam.org. my

YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Prime Minister’s Office
Perdana Putra Building
Fedearal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya
Tel: 03 8888 8000
Fax: 03 8888 3444
E-mail: ppm@pmo.gov. my

Tuan,

HENTIKAN PENGUSIRAN PAKSA DAN SEDIAKAN PERUMAHAN ALTERNATIF TETAP KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG.

Kami daripada ____________ _________ _________ -,membantah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang bertindak untuk mengusir penduduk Kampung Berembang . Kami juga membantah dengan kerasnya tindakan MPAJ, Kerajaan Negeri Selangor dan Polis yang bersubahat dengan pihak pemaju swasta dalam merobohkan rumah-rumah penduduk pada 20/11/2006.

Kampung Berembang yang diduduki oleh 50 keluarga lebih daripada 30 tahun, kini cuba diusir secara paksa di bawah Polisi Setinggan Sifar Negeri Selangor. Mereka diberi notis keluar (Ordinen Darurat 69- pembersihan setinggan) sebelum rumah alternatif mereka siap dibina.

Projek perumahan kos rendah untuk penduduk Kampung Berembang, yang sepatutnya diusahakan oleh Acmar International, Perspektif Masa Sdn. Bhd dan Permodalan Negeri Selangor Bhd pula terbengkalai.

Dalam keadaan ini, apa rasional MPAJ, Kerajaan Negeri Selangor dan Pemaju dalam merobohkan dan mengusir penduduk kampong Berembang? Lagipun bagaimana agensi kerajaan boleh digunakan untuk mengusir penduduk kampong dari tanah persendirian.

Kami juga mendapat tahu bahawa pihak pemaju telah membeli makanan untuk MPAJ dan polis. Ini adalah satu tindakan rasuah dan kami membantah tindakan kotor ini. Bagaimana pihak polis dan MPAJ boleh bersubahat dengan pemaju swasta?

Maka demi menjaga kebajikan penduduk Kampung Berembang dan memastikan perumahan tetap diberikan kepada penduduk Kampung Berembang, kami menuntut :

1. Hentikan semua tindakan mengusir secara paksa penduduk Kampung Berembang.

2. Sediakan perumahan tetap untuk penduduk Kampung Berembang, 2-4 km dari kampung asal seperti yang terdapat dalam polisi perumahan negeri Selangor.

3. MPAJ dan Kerajaan Negeri harus memberi gantirugi kepada penduduk kampung untuk rumah yang dirobohkan dan harta yang musnah.

4. Segala penyelesaian dalam isu ini harus dibuat secara perundingan.

Kami harap satu penyelesaian yang baik bagi penduduk Kampung Berembang dapat dicapai melalui rundingan diantara semua pihak.

Yang Benar,

Aduan dibuat oleh :

Aduan dibuat terhadap: En Rosli Jaafar, Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya, OCPD ACP Amer Awan Daerah Ampang, Timbalan OCPD Supt Fauzi, dan Ketua Balai Polis Ampang Jaya Tuan Marlinoor dan pasukan FRU.

Kami mendapat tahu bahawa pada 20/11/2006, pihak MPAJ bersama polis dan FRU serta pemaju tanah Kampung Berembang telah bertindak untuk mengusir secara paksa penduduk Kampung Berembang.

Para penduduk telah dipukul dan kekerasan digunakan dalam merobohkan rumah mereka. Terdapat juga ramai penduduk kampong cedera dalam proses perobohan rumah ini. Seramai 23 orang juga ditahan semasa proses perobohan ini dan pihak polis juga telah menggunakan kekerasan dan memukul beberapa orang yang ditahan termasuk beberapa orang juvana.

Pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan rakyat dan memberi perlindungan kepada penduduk kampung telah membantu pihak MPAJ dengan menggunakan kekerasan untuk mengusir penduduk kampung yang mempertahankan rumah mereka. Pihak MPAJ juga telah menyalahgunakan kuasa dimana jentera kerajaan digunakan untuk mengusir penduduk dari kawasan pemaju iaitu sebuah syarikat swasta.

Kami juga mendapat tahu bahawa pihak pemaju telah membelikan makanan untuk pihak MPAJ dan polis. Ini merupakan satu tindakan rasuah dimana pihak pemaju telah memberi rasuah kepada MPAJ dan polis. Maka ini jelas mengambarkan pihak MPAJ dan Polis telah bersubahat dengan pemaju untuk mengusir penduduk kampung Berembang.

Perobohan rumah di Kampung Berembang adalah haram kerana pihak penduduk telah memfailkan kes di mahkamah. Kes ini hanya akan didengar pada bulan April 2007. Oleh itu, proses perobohan rumah dan penahanan yang dilakukan adalah tidak sah dan dilakukan dengan niat jahat.

Kami membuat aduan polis ini kerana kami membantah tindakan pihak MPAJ dan Polis dalam mengusir secara haram penduduk Kampung Berembang dengan menggunakan kekerasan. Kami juga ingin pihak polis menyiasat tindakan pihak Polis Daerah Ampang dan MPAJ dalam bersubahat dengan pemaju tanah Kampung Berembang dalam merampas tanah penduduk Kampung Berembang yang telah mereka terokai lebih 40 tahun dahulu.

Leave a Reply




Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: