By JERIT
GPKK MENUNTUT TEMUJANJI DENGAN PERDANA MENTERI!
22 November 2006, Putrajaya
“Ini nampak macam polis bersuhabat dengan JERIT”…..Ini adalah reaksi Timbalan OCPD Putrajaya apabila melihat satu banner yang dibawa oleh Gabungan Pekerja Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT. Banner tersebut berbunyi “Pekerja Kilang, Polis dan Kakitangan Awam, Tak Cukup Gaji, Tunggu Apa Lagi, Gubal Akta Gaji Minima Sekarang”.

Pada hari ini, satu perwakilan GPKK telah ke Pejabat Perdana Menteri untuk meminta satu temujanji daripada PM bagi membincangkan memorandum yang telah diserahkan oleh 1500 orang pekerja pada 21 September 2006 di Bangunan Parlimen. Namun, setelah 60 hari, setelah surat susulan dihantar, masih belum ada sebarang maklumbalas dari pihak PM.
Oleh itu, perwakilan GPKK telah pergi ke Pejabat Perdana Menteri untuk meminta temujanji. Walaupun, bilangan wakil yang hadir pada hari ini tidak ramai, namun banner yang dibawa oleh GPKK cukup untuk menimbulkan keresahan di kalangan pegawai di Pejabat PM dan pihak polis. Pegawai Keselamatan JPM resah melihat banner tersebut diikat di pagar di perkarangan Bangunan Perdana Putra. Pihak polis pula resah melihat perkataan polis turut disertakan di banner tersebut.

Beberapa cubaan untuk menurunkan banner tersebut tidak berjaya. Usaha pihak JPM dengan menghantar seorang pembantu khas kepada Setiausaha Politik untuk menerima surat GPKK juga tidak berjaya. “Kami hanya mahu berjumpa dengan pegawai paling kanan pada hari ini” kata Nathan, salah seorang EXCO GPKK. Pembantu Khas tersebut dengan hampa beredar dari situ.
Akhirnya, Tuan Haji Ahmad bin Haji Yaacob, Setiausaha Sulit Kanan kepada PM telah turun untuk berjumpa dengan perwakilan GPKK. Beliau berjanji untuk memberikan jawapan dalam jangkamasa satu minggu.
GPKK berharap untuk berjumpa dengan PM bagi membincangan masalah pekerja kilang di negara ini. Jika tiada sebarang perkembangan, GPKK telah membuat keputusan untuk turun ke Putrajaya pada setiap 21 haribulan untuk terus memberi tekanan.
Ditulis oleh:
Simon Karunagaram
0 Responses to “SUDAH 60 HARI MASIH BELUM ADA JAWAPAN”