By JERIT, 22/11/06
Pagi ini, lebih kurang pukul 10 pagi, penduduk kampung Berembang telah menghalau keluar sekumpulan pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang menceroboh masuk ke kawasan perkampungan. Mereka datang semata-mata untuk melaksanakan “tugas” perobohan surau yang berjaya dihentikan oleh penduduk pada Isnin lalu( 20/11/2006).
Orang kampung yang masih marah dengan kekejaman dan kezaliman MPAJ tempoh hari, langsung tidak memberikan ruang kepada MPAJ untuk mendekati kawasan surau. Kemudian pada pukul 1.00 petang MPAJ yang masih berdegil, cuba menceroboh lagi. Namun sekali lagi orang kampung halau mereka daripada kampung.
Walaupun semua rumah telah dirobohkan, namun orang kampung tidak berputus asa untuk memperjuangkan hak mereka. Mereka berjaya menaikkan khemah dan mereka masih tinggal di sana. Selain daripada itu ahli-ahli Gabungan Anak Muda & Pelajar, JERIT telah ke kampong untuk membantu penduduk kampong membina tandas dan juga membantu belia di kampung membuat banner untuk digantungkan di sekeliling kampung.
Penduduk kampong telah membuat keputusan untuk mendirikan semula rumah mereka yang diroboh dan tinggal disitu sehingga mendapat rumah alternatif dan pampasan yang sewajarnya. Kata penduduk kampong ” Biarpun MPAJ datang seribu kali, kami bersedia melawan mereka,kami takkan tewas, ini hak kami”. Semangat perjuangan inilah satu-satunya senjata yang ada pada mereka dalam perjuangan ini.
Sekiranya anda ingin membantu penduduk Kampung Berembang, anda boleh membuat demikian dengan menghubungi Jawatankuasa Kampung : En Misnan :0123003871 @ wakil JERIT – Parames : 0136408159.
2 Responses to “PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG HALAU KELUAR PEGAWAI MPAJ YANG MENCEROBOH !”