GABUNGAN PEKERJA KILANG DAN KESATUAN
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT )
d/a 72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor
Tel/Faks: 03-87370766 Website:www.jerit.org
20/09/2006
YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA MESRA RAKYAT ? TUNTUTAN KEPADA PAK LAH : GUBAL AKTA GAJI MINIMA
Pada 21 September 2006, lebih 1500 pekerja kilang dari seluruh Malaysia telah ke Parlimen untuk menghantar lebih 50,000 kad tuntutan yang menuntut Perdana Menteri Malaysia untuk mengubal AKTA GAJI MININA serta UNDANG-UNDANG yang menjamin hak pekerja. Kami telah menghantar kad-kad tuntutan kami kepada wakil Perdana Menteri iaitu YB Raja Ahmad Zainuddin, Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong BN.
Namun, sehingga kini, kami di GPKK tidak menerima apa-apa maklumbalas dari YAB Perdana Menteri Malaysia.
Maka, kami wakil GPKK akan ke Pejabat Perdana Menteri untuk menuntut satu temujanji dengan Perdana Menteri untuk membincangkan isu dan masalah pekerja kilang serta menghantar memorandum tuntutan kami kepada Pejabat perdana Menteri sekali lagi..
Berikut adalah butir-butir program tersebut :
Tarikh : 22/11/2006 (Rabu)
Tempat : Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Masa : 10.30 pagi
0 Responses to “YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA MESRA RAKYAT ? TUNTUTAN KEPADA PAK LAH : GUBAL AKTA GAJI MINIMA ”