Dari CDC / Jerit
Kawan-kawan sekalian,
Tolong buat urgent appeal untuk memberhentikan perobohan kampung berembang ulu kelang hari ini. it’s urgent..beberapa kawan-kawan kita bersama penduduk kampung telah ditahan oleh pihak polis dan telah dibawa ke balai polis ulu kelang..sila berikan sokongan solidariti anda..
regards
Nalini

YDP Haji Mohammad bin Yacob
Majlis Perbandaran Ampang
Tel: 03-42968090 Fax: 42968060
e-mail: hotline@mpaj.gov.my
Tuan,
*HENTIKAN PEROBOHAN KAMPUNG BEREMBANG SEKARANG!!!*
*Pagi ini, MPAJ telah mengancam sekali lagi untuk merobohkan rumah peneroka kampong Berembang, Ulu Klang. MPAJ yang bertungkus lumus membasmikan “setinggan” telah **cuba** menceroboh dan merobohkan rumah-rumah peneroka Bandar. walaupun terdapat bantahan, namun pihak MPAJ tetap mahu merobohkan rumah-rumah tersebut sedangkan kes masih ada di Mahkamah. ***
Saya / Kami daripada __________________________ membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang mengancam untuk merobohkan kawasan perumahan Kampung Berembang sedangkan kes masih dalam mahkamah.
Kampung Berembang yang diduduki oleh 50 keluarga lebih daripada 30 tahun, kini diancam pengusiran paksa di bawah Polisi Setinggan Sifar negeri Selangor. Mereka telah diberi notis keluar (Ordinen Darurat 69- pembersihan setinggan) sebelum rumah alternative mereka siap dibina.
Apakah rasionalnya mengusir penduduk tanpa disediakan rumah alternatif?
Penduduk Kampung Berembang sememangnya tidak membantah pemindahan tetapi mereka tidak ditawarkan rumah ganti mahupun pampasan yang mencukupi. Para peneroka bersedia untuk berunding tetapi mereka tidak diberi peluang dan diabaikan begitu sahaja oleh kerajaan negeri
Walaupun masalah mereka sekarang dalam perundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor, MPAJ dengan kejamnya sedang cuba merobohkan rumah mereka.
*Oleh yang demikian, kami mendesak perobohan rumah di Kampung berembang dihentikan segera dan masalah ini diselesaikan dengan mengadakan perundingan dengan pihak penduduk. *
Yang Benar
_____________
jangan undi umno… mereka adalah boneka… mereka perosak bangsa melayu… umno zaman sekarang tak sama umno zaman tunku… ppemimpin umno adalah pemimpin yang mahukan kekayaan sahaja
*some expletives removed*