SIS Statement on the Slanderous Accusations at the UMNO General Assembly ; Kenyataan Sisters In Islam Berkenaan Tuduhan Dan Fitnah Di Persidangan Agung UMNO

By Sisters in Islam

We refer to the various statements that have been made at the UMNO general assembly regarding Sisters in Islam. We regret that the various speakers have resorted to baseless and slanderous accusations, based on misinformation and distortion of facts.

These kinds of accusations are not new and it is perplexing how any effort to speak about justice in Islam is seen as “challenging Islam”. We are disappointed by the statements made by these ‘leaders’ who only seek to bolster public support by silencing the voices of women and religious minorities. At a time when the Prime Minister is encouraging all Malaysians to be more introspective and proactive in upholding the values of tolerance and moderation, we find the statements from the grassroots of his own party severely lacking in either toleration or moderation. It is alarming that these statements have taken on extremely chauvinistic and violent language.

SIS receives calls from women from all walks of life, who have to confront a whole slew of problems, on a daily basis. In the face of these daily realities, we have successfully advocated for legal reform to advance the rights of women. Amongst others, we have advocated for the right of Muslim women to be able to sign forms for the school registration and transfer of children, application of passports as well as to be able to give consent for their children’s surgery. Prior to that, Muslim women were denied those rights.

Together with other women’s groups, SIS has also successfully lobbied for laws that protect women’s rights, including for the Domestic Violence Act to be applicable to all Malaysians, including Muslims.

SIS has also lobbied for the Article 8(2) of the Federal Constitution to include ‘gender’ as one of the grounds for the prohibition of discrimination. In various memos to the government, SIS has also suggested ways in which the Syariah Courts can improve their services to ensure that women receive the justice they deserve. In fact, when we objected to some of the discriminatory provisions in the latest amendments of the Islamic Family Law Bill in Dec 2005, all women senators, including those from PAS supported our campaign. So, how can it be that SIS “challenges and tries to undermine the Shariah law”?

It is regrettable that the passions being incited at this particular general assembly are being used to unfairly discredit the work that many groups have done in upholding the universal values of peace, tolerance and justice. We invite those concerned with the realities of Malaysian society, to channel their passion into supporting civil society groups in our work to surmount the challenges facing all Malaysians.

__________________________________________________

Kami merujuk kepada beberapa kenyataan yang telah dibuat berkenaan Sisters In Islam sepanjang persidangan agung UMNO baru-baru ini. Kami ingin merakamkan kekecewaan kami terhadap beberapa ahli UMNO yang sanggup menyebarkan fitnah dengan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan.

Tuduhan-tuduhan palsu seperti ini sebenarnya bukannya perkara baru dan sememangnya sesuatu yang anih dan pelik apabila sebarang usaha untuk membincangkan isu keadilan di dalam Islam diputarbelitkan sebagai ‘mencabar Islam’. Kami kecewa terhadap sikap ‘pemimpin-pemimpin’ ini yang tanpa segan silu sanggup menyenyapkan suara-suara kaum wanita dan agama-agama lain semata-mata untuk meraih sokongan umum.

Pada masa YAB Perdana Menteri giat menggalakkan setiap warga Malaysia supaya menilai sikap sendiri, dan juga menyeru agar kita aktif dalam menegakkan nilai-nilai murni seperti sikap toleransi dan mengelakkan sikap melampau, kenyataan-kenyataan dari akar umbi partinya sendiri pula sama sekali tidak mencerminkan sikap toleransi mahupun kesederhanaan. Sebaliknya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sarat dengan sikap ‘chauvinist’ dan bahasa keras.

Setiap hari SIS tidak putus-putus menerima panggilan dari kaum wanita dari segenap lapisan masyarakat, yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup. Atas dasar hakikat inilah SIS telah berusaha dengan gigih dan tabah untuk membantu wanita-wanita yang meminta bantuan dan berusaha agar pindaan perundangan dibuat demi menegakkan hak-hak wanita. Antara lain, SIS dengan jayanya telah berjuang supaya wanita Islam diberi hak saksama dalam menandatangani borang-borang persekolahan anak-anak dan borang-borang rawatan perubatan di mana bapa mereka telah meninggalkan dan mengabaikan keluarga mereka. Sebelum ini, wanita Islam yang terabai langsung tidak diberikan hak ini.

SIS juga telah berganding bahu dengan persatuan-persatuan wanita yang lain untuk memastikan undang-undang melindungi wanita digubal dan dilaksanakan, contohnya dengan memastikan setiap insan di Malaysia dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumahtangga, termasuk wanita Islam yang sebelum itu hampir-hampir tidak tergolong dalam senarai warga yang dilindungi dari keganasan rumahtangga.

Berkat usaha SIS dan persatuan wanita yang lain jugalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Artikel 8(2) kini mengharamkan diskriminasi terhadap wanita. Dalam pelbagai memorandum kepada Kerajaan Malaysia, SIS telah mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan Mahkamah Syariah memberikan keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita. Apabila kami membantah pindaan-pindaan mendiskriminasi kepada Undang-undang Keluarga Islam, kesemua Senator wanita, termasuk Senator-senator wanita dari PAS telah menyokong kempen kami kerana sedar masalah yang dihadapi oleh wanita Islam akan bertambah runcing. Jadi, bagaimanakah SIS dikatakan ‘mencabar dan menghina undang-undang Syariah”? Hanya kerana sekadar menuntut keadilan?

Kami amat terkilan bahawa ada dikalangan ‘pemimpin-pemimpin’ di persidangan agung kali ini yang sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk, yakni untuk memperlekehkan usaha murni pelbagai persatuan di negara ini untuk menegakkan nilai-nilai keamanan, toleransi dan keadilan. Kami menjemput sesiapa sahaja yang prihatin terhadap hakikat sosial sebenar di Malaysia agar menyalurkan semangat mereka untuk membantu kumpulan dan persatuan-persatuan masyarakat madani dalam menghadapi cabaran masakini di Malaysia.

Norhayati Kaprawi
Programme Manager
Sisters in Islam

1 Response to “SIS Statement on the Slanderous Accusations at the UMNO General Assembly ; Kenyataan Sisters In Islam Berkenaan Tuduhan Dan Fitnah Di Persidangan Agung UMNO”


  1. 1 anonymus Nov 21st, 2006 at 6:32 pm

    sudah laa SIS.. korg tau burukkan Islam ngan sokong IFC(Inter-Faith Commission)… ape lakhanat nya kerje ckp tanak org tu dlm agama dia… pikir balik laa ape effect dia.. jgn dok buat kerja lakhanat sokong hak manusia lebih tinggi dari hak Allah S.W.T.!

    ape yg korg perjuangkan pasal hak wanita tu betul.. tapi ape yg korg perjuangkan pasal Islam tu buat aku haru-biru!


Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: