Protes Solidariti: KAMPUNG BEREMBANG DIANCAM PEROBOHAN RUMAH
Kampung Berembang, Jalan Ampang (dekat Hospital Gleneagles)
8.00am

Oleh JERIT

*KAMPUNG BEREMBANG DIANCAM PEROBOHAN RUMAH, PADA 20/11/2006 ( ISNIN) OLEH MPAJ !*

* *

*BERTINDAK SEKARANG ! *

18/11/2006

Kampung Berembang yang terletak di Jalan Ampang ( berdekatan Hospital Gleneagles) diduduki oleh 50 keluarga lebih daripada 30 tahun, kini diancam pengusiran paksa di bawah Polisi Setinggan Sifar Negeri Selangor. Mereka telah diberi notis keluar (ordinen darurat 69- pembersihan setinggan) sebelum rumah alternatif mereka siap dibina. Akan tetapi oleh kerana rumah mereka belum siap lagi maka mereka masih tinggal di kampong mereka. Akan tetapi pihak MPAJ terus mendesak mereka untuk berpindah dan mengancam akan merobohkan rumah mereka.

Pada 4/10/06 penduduk Kampung Berembang telah membawa masalah mereka ke pengetahuan YB Menteri Ong Kah Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana YB menteri telah menjanjikan mereka untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan YB Menteri Besar Selangor memandangkan Menteri Besar sahaja yang mempunyai kuasa ke atas isu tanah. Pada asasnya YB Menteri telah bersetuju bahawa pengusiran harus dihentikan sehingga satu rundingan dijalankan antara peneroka dan Menteri Besar Selangor.

Berikutan dengan itu, pada 2/11/06 pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengaturkan satu perjumpaan dengan para peneroka bandar Selangor dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha SUK, Datuk Ramli. Dalam perjumpaan itu, wakil Kampung Berembang telah mengemukakan masalah projek perumahan yang ditawarkan belum siap tetapi rumah sudah mahu diroboh. Datuk Ramli telah berjanji akan membuat satu siasatan terhadap projek perumahan dan bersetuju akan mensyorkan kepada kerajaan negeri untuk membenarkan mereka tinggal di kampong tersebut jika projek perumahan itu dijangka siap dalam masa satu tahun. Tetapi apa yang menyedihkan sehingga hari ini, pihak SUK tidak memberi sebarang respons dalam kes ini.

Pada 14/11/06 pula, hakim mahkamah Tinggi Shah Alam telah menangguhkan kes mereka ke April 2007.

Sebaik sahaja kes telah ditangguhkan ke April 2007, pihak pemaju bersama lebih 200 pegawai MPAJ bersama Majlis Perbandaran Selayang, RELA dan Polis telah mencerobohi Kampung Berembang dan cuba merobohkan rumah penduduk. Penduduk kampong telah menentang dengan bersungguh-sungguh dan berjuang untuk menghentikan perobohan tersebut. Akibat penentangan penduduk kampong, hanya 2 rumah berjaya dirobohkan. Untuk masa sekarang perobohan ditangguhkan. Akan tetapi, pihak pemaju telah meberitahu, pihak MPAJ akan kemabli pada hari Isnin, 20/11/2006 , jam 8 pagi untuk merobohkan rumah penduduk.

- Persoalannya mengapakah MPAJ beria-ia untuk merobohkan rumah peneroka sedangkan kes masih dalam mahkamah?
- Lagipun rumah alternatif yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Berembang dijangka siap dalam masa 6 bulan. Adakah pihak MPAJ tidak boleh tunggu sampai rumah siap, supaya mereka boleh berpindah ?

Apakah rasional tindakan-tindakan MPAJ ini yang sungguh kejam?

Apa yang anda perlu buat?

1 Hantar Surat Bantahan kepada pihak Menteri, SUK Selangor, MPAJ dan Perdana Menteri supaya menghentikan perobohan ini.

2 Datang ke Kampung Berembang pada 20/11/2006, jam 8 pagi untuk memberi sokongan dan membantu menghentikan perobohan ini. Lokasi kampong : JAlan Ampang, berdekatan dengan Hospital Gleneagles, Ampang dan bersebelahan stesen minyak BP ( BHP).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Kohila 019-2275982 atau Parames: 0136408159

YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Tel: 03-8888 8000
Fax: 03-8888 3444
E-mail: ppm@pmo.gov.my

Datuk Seri Ong Ka Ting
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3-7, Blok K, Pusat Bandar Damansara,
50782 Kuala Lumpur
Tel: 603-2094 7033 /Fax: 603-2094 9720

YB DATO RAMLI MAHMOOD

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,

Tingkat 14-19 , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 Shah Alam

Tel: 55447042 Fax: 55103062

YDP Haji Mohammad bin Yacob

Majlis Perbandaran Ampang

Tel: 03-42968090 Fax: 42968060

Tuan, **
*HENTIKAN PEROBOHAN KAMPUNG BEREMBANG SEKARANG!!!*

Kami daripada ______________________________-, membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang mengancam untuk merobohkan kawasan perumahan
Kampung Berembang yang telah dirancang akan dijalankan pada 20/11/2006.

Kampung Berembang yang diduduki oleh 50 keluarga lebih daripada 30 tahun, kini diancam pengusiran paksa di bawah Polisi Setinggan Sifar negeri Selangor. Mereka telah diberi notis keluar (ordinen darurat 69- pembersihan setinggan) sebelum rumah alternatif mereka siap dibina.

Buat masa sekarang, kes Kampung Berembang masih di mahkamah dan keputusan kes hanya akan dapat diperolehi pada April 2007. Maka, bagimanakah, pihak MPAj, bersama pemaju boleh merobohkan rumah penduduk sebelum mahkamah bagi keputusan.

Lagipun, rumah alternatif yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Berembang belum siap lagi dan hanya akan siap dalam masa 6 bulan. Maka kenapa pihak MPAJ beria-ia nak mengusir penduduk daripada kampung halaman mereka? Apakah rasionalnya mengusir penduduk tanpa disediakan rumah alternatif?

Penduduk Kampung Berembang sememangnya tidak membantah pemindahan tetapi isu perumahan alternatif ini belum diselesaikan lagi. . Para penduduk kampung bersedia untuk berunding tetapi mereka tidak diberi peluang dan diabaikan begitu sahaja oleh kerajaan negeri.

Walaupun masalah mereka sekarang dalam perundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor, MPAJ dengan kejamnya sedang cuba merobohkan rumah mereka.

*Oleh yang demikian, kami mendesak perobohan rumah di Kampung Berembang dihentikan segera dan masalah ini diselesaikan dengan mengadakan perundingan dengan pihak penduduk. *

Yang Benar,


Community Development Centre (CDC)
No.72B, Taman Sri Langat
Jalan Reko, Kajang, Selangor
Tel/Fax: 03-87370766

2 Responses to “<br />Protes Solidariti: KAMPUNG BEREMBANG DIANCAM PEROBOHAN RUMAH<br />Kampung Berembang, Jalan Ampang (dekat Hospital Gleneagles)<br />8.00am”


  1. 1 A busy week ahead for civil society at jelas.info Pingback on Nov 18th, 2006 at 3:25 pm
  2. 2 flash: Arrested in defense of Kg. Berembang - the price of trying to defend the poor at jelas.info Pingback on Nov 20th, 2006 at 1:39 pm

Upcoming Events

For the best Bangkit.net viewing experience: