Kampung Buah Pala, yang merupakan kampung tradisional yang terakhir di Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran oleh pemaju pada 2 Julai 2009. Pencerobohan dan pengusiran oleh pihak pemaju akan menyebabkan lebih daripada 65 keluarga di Kampung Buah Pala kehilangan tempat kediaman, dan seterusnya menghancurkan sebuah kampung tradisional yang merupakan warisan budaya yang tidak ternilai!
Masalah penduduk-penduduk Kampung Buah Pala adalah berpunca daripada amalan kerajaan Barisan Nasional yang anti-rakyat dan mementingkan keuntungan segelintir kroni. Kerajaan Pakatan Negeri Pulau Pinang yang menyifatkan sendiri sebagai kerajaan rakyat mesti mengambil tindakan segera untuk menghalang pengusiran daripada berlaku.
Akan tetapi, Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng belum bertindak untuk menyelamatkan rakyatnya sampai sekarang. Situasi ini memang mengecewakan rakyat Pulau Pinang yang mengundi untuk perubahan pada 8 mac 2008.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat http://jeritpenang.blogspot.com
Urgent action needed
Tuliskan surat kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang untuk menyuarakan bantahan anda terhadap kegagalan “kerajaan rakyat” menyelamatkan rakyatnya.
Surat anda harus difakskan pada 1 July 2009 - 8 pagi -5 ptg
1. YAB Tuan Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan
Pejabat Ketua Menteri
Tingkat 28, KOMTAR
10502 PULAU PINANG
Tel: 04-6505112
04-2614424/04-2623366
Fax: 04-2613003
Email: limguaneng@penang.gov.my
=== Surat Sampel ===
Kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang,
SELAMATKAN KAMPUNG BUAH PALA DEMI SELAMATKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN PULAU PINANG
Kampung Buah Pala, yang merupakan kampung tradisional yang terakhir di Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran oleh pemaju pada 2 Julai 2009. Pencerobohan dan pengusiran oleh pihak pemaju akan menyebabkan lebih daripada 65 keluarga di Kampung Buah Pala kehilangan tempat kediaman, dan seterusnya menghancurkan sebuah kampung tradisional yang merupakan warisan budaya yang tidak ternilai!
Masalah penduduk-penduduk Kampung Buah Pala adalah berpunca daripada amalan kerajaan Barisan Nasional yang anti-rakyat dan mementingkan keuntungan segelintir kroni. Kerajaan Pakatan Negeri Pulau Pinang yang menyifatkan sendiri sebagai kerajaan rakyat mesti mengambil tindakan segera untuk menghalang pengusiran daripada berlaku.
Saya/Kami, ________________sangat mengambil berat terhadap perkara ini dan mengesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan berikut dengan kadar segera:
1. Menarik balik hak milik tanah Kampung Buah Pala daripada pihak pemaju.
2. Menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil balik tanah Kampung Buah Bala daripada pihak pemaju (sekiranya no. 1 tidak dilaksanakan)
3. Memasukkan kaveat ke atas tanah Kampung Buah Pala untuk menghalang pemaju daripada masuk ke tanah tersebut.
4. Mewartakan tanah Kampung Buah Pala sebagai tanah warisan budaya.
Semua tindakan di atas perlu dilakukan dengan segera supaya kampong halaman saya/kami tidak dihancurkan oleh pihak pemaju yang tamakkan keuntungan diri sendiri.
Saya/Kami berharap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dapat bertindak secara BERANI dalam membela nasib rakyat biasa dan menghalang syarikat kroni berkepentingan sendiri daripada terus mencabuli hak rakyat.
Selamatkan Kampung Buah Pala bukan sahaja untuk selamatkan ramah halaman rakyat biasa dan warisan budaya Pulau Pinang, malah juga untuk selamatkan kewibawaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang serta kepercayaan rakyat ke atasnya!
Sekian, terima kasih.
Yang Ikhlas,
____________
(nama/pertubuhan)
Recent Comments
Dataran Merdeka, KL
Dataran Merdeka, KL